Sabtu, 13 Januari 2018

TUTORIAL: Meraki Pouch

Salam sayang untuk pengunjung blog ct N honey dan salam kreatif untuk bag maker semua. Hari ini saya sangat teruja nak share tutorial Meraki Pouch ni. Sebenarnya senang dan cepat je nak buat. Cuma nak siapkan proses tutorial tu yang ambil masa sikit. Menjahit sambil snap gambar, lepas tu edit dan karang ayat ni. Takut tak faham pula nanti cara nak buatnya.


Langkah 1.
Material untuk Meraki Pouch ini ialah 
zip & slider/kepala zip
PU leather
KeyFob

Langkah 2
Boleh menggunakan berbagai lagi jenis material untuk Meraki Pouch ini selain dari PU leather contohnya seperti Vinly Glitter.


Langkah 3
Lukis pola dan pastikan tambah 1cm untuk basi jahitan.Selepas itu gunakan double side tape dan lipat tepi PU leather.
 Langkah 4
Mulakan proses menjahit zip. Tukar tapak zip. Disebabkan kita menggunakan material PU leather cara mudah untuk melancarkan dan mengelakkan material rosak, sedikit petua saya nak bagi. Sapukan sedikit losyen di kawasan laluan tapak zip.
 Langkah 5
Hasil jahitan setelah mengunakan losyen. Material tidak rosak dan jahitan pun kemas.
 Langkah 6
Pisahkan zip dan jahit zip di bahagian sebelah pula, seperti dalam gambar.
 Langakh 7
Masukkan kepala/slider zip. Pastikan kepalanya di bahagian dalam.
 Langkah 8
Jahit dibahagian bawah pouch. Kalau rajin tukarlah tapak mesin tu ya. Saya ni memang malas sangat nak menukar tapak.
 Langkah 9
Buat bucu pouch anggaran dalam 1cm. Potong lebihannya.
 Langkah 10
Terbalikkan pouch.  Dah hampir siap sangat ni.

Langkah 11
Masukkan keyfob di hujung pouch, dan ketuklah dengan kasih sayang sehingga mulut keyfob tu rapat.

Nak bagi Meraki Pouch ni agar lebih cantik dan tak nampak sensorang je bila digantung, buat lah rambu-ramba tassel. Baru lah nampak sepadan.
Mudahkan buat Meraki Pouch. Kalau hati dah berkobar-kobar nak buat tu, tak tahu mana nak cari material, senang je, Semua bahan boleh di beli kedai online saya. Kalau dah ada bahan, boleh hantar email di http://cthoney.blogspot.my/p/loading_19.html atau klik Hubungi kami di bahagian atas blog, dan saya akan bagi polanya. Lepas ni mana je ada tempat yang boleh digantung pastikan ada Meraki Pouch 😄😄😄 bebagmaker.com



2 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

Terima kasih sharing

Murtaza berkata...

hi can u pls email me the pattern for meriyaki pouch.is it a free download.pls email to this id
zainyus@gmail.com