Rabu, 27 Februari 2019

Kelas Menjahit Beg

Atas permintaan pelanggan, minggu lepas saya telah mengadakan kelas menjahit beg. Walaupun saya berada di Seremban tapi untuk mereka yang ingin belajar jarak jauh itu tidak menjadi masalah. Ada yang datang dari Melaka dan saya sangat menghargainya.

 Untuk kelas menjahit beg kali ini saya mengajar Pattern terbaru yang sudah ada dijual diwebsite. bebagmaker.com bernama Sidra Frame Purse. Kelas ini sesuai untuk mereka yang baru hendak mulakan minat menjahit, asalkan ada asas menjahit sudah cukup.
 Disebabkan semua yang datang ini bersemangat nak menyiapkan Sidra Frame Purse kelas agak cepat juga tamatnya. Bermula 8.30pagi hingga pukul 3petang sahaja.

Untuk yang berminat untuk belajar menjahit beg terutama yang berada yang berdekatan dengan Seremban saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda.

Don't Wear Fake, Wear Handmade

Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/