Isnin, 13 Oktober 2014

Corak Terbaru Kain Heavycotton

Untuk mereka yang tercari-cari corak terbaru kain Heavycotton, ini adalah corak terkini baru sampai.Sangat sesuai untuk membuat langsir,beg,table runner juga project craft. Boleh menghiasi kediaman ruang tamu,bilik tidur juga dapur.


Kain heavycotton bercorak bunga menjadi kegemaran ramai

Rabu, 8 Oktober 2014

Evening Clutch Bag Dari Songket

Selalunya kita ada lebih dari 1 beg. Salah satunya untuk dibawa keluar bersantai-santai. Kalau yang remaja saiznya selalu kecil, tapi kalau macam saya ni emak orang saiz beg selalunya besar, kalau boleh semua barang nak masukkan dalam beg. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil, pampersnya, botol susu, baju spare dan lain-lain lagi.

Yang menjadi masalahnya bila ada majlis rasmi seperti majlis makan malam terutama jika yang bekerja. Selalunya setiap tahun syarikat akan mengadakan majlis makan malam. Malam tu lah masa untuk bergaya lebih sikit dari biasa. Mesti pening nak fikirkan gaya pada majlis itu.
Clutch bag sesuai untuk majlis istimewa seperti majli makan malam


Isnin, 6 Oktober 2014

Tempahan Beg 500pcs-Tak Mampu, Tolak Rezeki.

Ketika menulis entry ini, hati sedang berbelah bahagi dengan keputusan yang di ambil.  Ragu-ragu adakah betul tindakan yang telah saya ambil. Akhirnya pujuk diri sendiri untuk menerima kenyataan bahawa ini belum rezeki saya lagi.

Sebenarnya saya menerima tempahan dari sebuat syarikat untuk menempah 500pcs sling bag bermotifkan batik. Ketika menerima email dari mereka, hati tu berbunga-bunga juga. Maklumlah saya ni hanya lah pembuat beg yang bergerak secara kecil-kecilan sahaja dan hanya beroperasi dari rumah.
Menerima tempahan borong (ct N honey handmade)