Selasa, 20 September 2011

Video,gambar dan hantaran majlis pernikahan Eira Syazira dan Azad Jasmin

Suami kepada pelakon Eira Syazira yang juga merupakan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin dilihat menitiskan airmata sejurus selesai upacara akad nikah mereka, Jumaat lalu. Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ketika ditemui memberitahu,beliau tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah adiknya, Nizar Jeffri.
Berbicara mengenai perancangan selepas perkahwinan, Eira mengakui akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Pasangan ini juga memberitahu akan berangkat ke Bali dan Jakarta untuk berbulan madu. Ketika ditemui, pasangan yang muncul dengan lagu duet berjudul, “Lagu Jiwa” ini juga mengakui tidak merancang soal cahayamata dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

“Kami akan berangkat ke Bali dan Jakarta pada bulan November ini. Kami ke sana bukan saja untuk berbulan madu tapi juga untuk bekerja. Ini kerana, bulan madu kami ditaja oleh sebuah syarikat bagi mempromosikan album baru saya.

“Selepas bergelar isteri, kerjaya saya masih berjalan seperti biasa. Azad memang terbuka dan dia tidak kisah jika Eira masih bekerja. Asalkan Eira tahu batas sebagai seorang isteri, sudah memadai. Eira juga dalam perancangan untuk membuka perniagaan butik tidak lama lagi. Mengenai anak, kami tidak merancang dan letakkan apa-apa had.” gua.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan