Jumaat, 16 September 2011

Gambar majlis pernikahan Eira Syazira & Azad Jazmin


 Eira Syazira,27, dan Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri,35,  selamat diijabkabulkan sekitar jam 9 malam tadi dengan sekali lafaz saja. Tema majlis nikah mereka malam ni ialah cermin dan kristal, warna merah putih dan silver, tajaan pakaian daripada Wan Pa dan Zaha Wedding Planer dari Ipoh.

Eira menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala jumlah wang hantaran terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak keluarga.
Eira menerima sembilan buah dulang hantaran berupa sebentuk cincin, iPad 2, beg tangan Tod’s, minyak wangi dari Mekah, telekung dan sejadah, jam tangan Fossil, kasut Charles & Keith serta sireh junjung.
Manakala pihak lelaki pula menerima 11 buah dulang antaranya jam tangan Police, kasut Aldo, sireh junjung, sejadah dan persalinan baju Melayu, coklat, dompet dan tali pinggang Polo, minyak wangi Davidoff, jersey dan topi Chelsea, buah-buahan dan cincin.
Bagaimanapun, majlis resepsi pasangan ideal ini akan ditunda ke bulan November dimana tarikhnya akan diumumkan kelak.Gambar Pra Perkahwinan Eira dan Azad
Gambar hantaran perkahwinan Eira dan Azad

4 ulasan:

nick dot anis berkata...

inai dia cantikkk

Syafiqah Jasmin berkata...

alhamdulillah..mmg gojes eira ni..:D

NzA berkata...

romantik!!!!

Terbelog berkata...

cantik sgt !

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/