Selasa, 31 Julai 2012

Kaitan Pertubuhan Yahudi Dalam Olimpik 2012

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis). 

Isnin, 30 Julai 2012

Kontrak Duta Tudung Abby Abadi Ditamatkan Kerana Masuk Politik

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.
Abby Abadi duta Al-Humaira Contempory
Berikut tulisan Abby di laman Twitternya pagi tadi memberitahu kontraknya dengan koleksi tudung jenama Al-Humaira Contempory akan ditamatkan.

Twitter Abby Abadi

Iklan Hari Raya Erra Fazira Di Astro Bongkar Kisah Silamnya

Buat kali pertama, pelakon, penyanyi dan bekas Ratu Cantik Malaysia primadona filem alaf baru, Erra Fazira atau nama sebenar, Fazira Wan Chek, 38, mendedahkan siapa bapanya dan apa yang berlaku dalam hubungan mereka. Ia sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui identiti bapanya selama ini.  Erra menyerahkan ‘kunci’ kepada Astro untuk berkongsi cerita itu dalam komersial raya bertemakan ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif pada minggu terakhir Ramadan.
Iklan hari raya Erra Fazira di Astro

Jawapan Norish Karman Tentang Gambar Kontroversi Lahirkan Anak Tersebar

Ramai daripada kalangan pihak media mencari Norish Karman (NK) sejak penyebaran gambar kontroversi yang dikatakan menyerupai wajahnya. Kalau adapun reaksi daripadanya, hanya kenyataan pendek yang dikirim menerusi SMS kepada media. Ini sebenarnya tidak cukup dan sekali gus membuatkan ramai pihak tertanya-tanya kesahihan cerita sebenar. Namun, aktres kelahiran Singapura ini lebih selesa memilih berdiam diri.

Bagaimanapun, kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.

“Saya tak nak jawab,” katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan.

Ahad, 29 Julai 2012

Misteri! Lubang Neraka Dunia Ditemui di Derweze, Turkmenistan

BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.

Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.

Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.

Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.

Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.

Sabtu, 28 Julai 2012

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook

Banyak sangat kes penipuan jual barang dalam internet ni. Kenalah berhati-hati, terutama kalau harganya murah sangat tak masuk di akal. Baru-baru ini Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Cantiknya baju kurung ini. Cuma gambar hiasan,tiada berkait dengan tajuk diatas

Jumaat, 27 Julai 2012

Blog Hiburan Oh Bulan Disaman RM1 Juta Oleh Bekas Isteri Hattan

Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.
 

Khamis, 26 Julai 2012

Mamat Sepah Beri Penjelasan Kenapa Bersikap Kurang Ajar

Gara-gara tidak mengesahkan terlebih dulu berita yang mengatakan kononnya pelakon Zed Zaidi telah terlibat di dalam kemalangan, pelawak Mamat Sepah terpaksa menerima bahannya apabila ditempelak ramai pihak.

Ianya berlaku selepas Mamat Sepah memuat naik status serta foto mengenai pelakon Zed Zaidi yang juga Presiden Seniman di dalam akaun Twitter peribadi miliknya pada malam kelmarin (Selasa malam).

Berikutan itu, Mamat Sepah telah dihentam kerana tidak mengesahkan terlebih dahulu berita tersebut sebelum menyebarkannya berserta dengan foto yang sebenarnya merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Gambar Kapal Meletup Di Jeti Petronas Labuan, 6 Dikhuatiri Maut

Enam orang dikhuatiri  mati apabila sebuah kapal yang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno dekat sini, meletup awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi dan kerja-kerja mencari mangsa sedang giat dijalankan.


Kisah Benar- Kopitiam Di Jelutong Masak Katak, Status HALAL Diragukan

"Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.
Kopitiam di pasaraya Jelutong masak katak

Budak 3 Tahun Jatuh Dalam Periuk Nasi Sedang Mengelegak

Tidak dapat nak dibayangkan bagaimana sakit yang ditanggung oleh budak 3 tahun ini. Tapi apa nak buat perkara dah terjadi. Kejadian ini berlaku di Sungai Siput dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun melecur teruk muka dan badannya selepas terjatuh ke dalam periuk nasi yang sedang menggelegak di rumahnya di Kampung Tok Sirat, Lintang, di sini.
Kemalangan dirumah-Gambar hiasan

Ulasan Menteri Kenapa Tema Dan Logo Hari Kebangsaan Ke 55 Di Pilih

Sekarang ini ramai yang mempertikaikan tentang Tema Hari Kebangsaan yang dikatakan tidak sesuai dan Logonya pula dianggap tidak berkualiti. Kita baca pula apa kata Menteri yang bertanggungjawab mengenai isu ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan bulan depan perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri.
Tema & Logo Hari Kebangsaan yang Ke 55 Tahun 2012

Selasa, 24 Julai 2012

Kenapa Mufti Setuju Atlit Olimpik Tangguh Puasa

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini .

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.
 

Isnin, 23 Julai 2012

Pengakuan Nora Danish, Kini Sedang Rapat Dengan Seseorang

Pelakon cantik yang kini sudah empat tahun bergelar janda, Nora Danish Mohd. Hanif, 30, tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Pernah digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, lebih menarik lagi Nora juga turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek sebelum ini.

Bagaimanapun, segala gosip hangat yang melanda ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu seolah-olah tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang berkaitan dengan dirinya berlalu begitu sahaja.

Perkahwinan Kedua Reza, Irma Hasmie Berikan Penjelasan

WANITA yang baru mendirikan rumah tangga ini hanya tersenyum tatkala persoalan tentang tersebarnya di alam maya gambar perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer Mohd. Redzuan, 31, dengan bekas isterinya itu, dibangkitkan. Tiada riak cuak di wajah wanita berusia 30 tahun ini atau tindak tanduk kurang menyenangkan sewaktu mengulas isu yang dianggap 'tiada apa-apa.
Gambar terbaru Irma Hasmie bersama suaminya Reza

Jumaat, 20 Julai 2012

Gambar Abby Abadi Menyerahkan Borang Menjadi Ahli Parti PAS

Malam tadi melalui akaun Twitter dan FB, Abby Abadi telah membuat pengesahan yang beliau telah menyertai parti Pas. Teka-teki selama berbulan menjadi perhatian dan perbincangan terutama di kalangan penyokong pembangkang akhirnya terjawab.

“Penyertaan saya adalah kerana menghargai & menghormati TG Nik Aziz/TG Hj Abd Hadi Awang/semua jemaah yang berjuang untuk agama ALLAH,” katanya melalui akaun berkenaan.

Penyertaan itu dilakukan pada satu majlis yang berlangsung di Padang YIK, Nilam Puri, Kelantan yang turut dihadiri Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abby menyerahkan borang untuk menjadi ahli seumur hidup PAS.

Abby Abadi menyerahkan borang keahlian seumur hidup PAS

13 Gambar Scha Al-Yahya Jadi Duta Kenangan Wholesale City (KWC)

Jangan ingat Scha Al-Yahya seorang yang pentingkan jenama semata-mata. Sebenarnya isteri kepada Ahmad Awaluddin Ashaari atau Awal Ashaari itu seorang yang sangat bersederhana dalam penampilan dan kehidupan sehariannya.

Bagi Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya, 29, jika produk itu menarik minat dan berkualiti, tanpa mengira jenama dia tetap akan mendapatkannya.

Khamis, 19 Julai 2012

Kesan Pelajar Bawa Handphone Ke Sekolah-Cetus Pergaduhan Dan Anasir Lucah

Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam. 

Rabu, 18 Julai 2012

Popmycase-Sarung Telefon Rekaan Peribadi

Kini, para pengguna boleh mereka sendiri sarung telefon bimbit mereka dengan memuat turun gambar kegemaran melalui laman web rasmi http://www.popmycase.com. Aplikasi di dalam laman web tersebut membolehkan pelanggan menukar saiz imej, mengubah kedudukan, menambah warna dan meletakkan ayat-ayat tertentu untuk rekaan sarung telefon mereka.

Pengurus Besar Kumpulan PopMyCase, Ediyuzri Esa berkata, melalui teknologi tersebut, pihaknya menawarkan pilihan sarung rekaan sendiri untuk pengguna iPhone, iPad, Blackberry dan Samsung.


Susulan Persembahan Siti Nurhaliza, Kelantan Keluarkan Amaran

Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
Siti Nurhaliza

Selasa, 17 Julai 2012

8 Gambar Adi Putra Di Majlis Meraikan Peminat Kelab HotLovers (PWTC)

Disebalik kejayaan pelakon Ady Putra berusia 31 tahun ini, ada peminat yang menggelarkan mereka Hotlovers yang sentiasa setia bersamanya ketika saat jatuh bangun dan susah senang. 

Hotlovers yang digerakkan 15 peminat diketuai Che Zaipah Ab Muttalib. Justeru, mengambil kira sokongan yang diberikan dan sebagai tanda berterima kasih, Adi Putra meraikan peminatnya dengan cara yang begitu istimewa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Julai lalu dari jam 2 hingga 6 petang. Melalui kelab peminat hotlovers ini, Ady Putra mempunyai peminat di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan sejauh London. Ady Putra telah hadir bersama isteri tercinta, Zuhaida Yusof, 37.

Gambar Siti Nurhaliza Di Instagram Dedah Rambut Jadi Isu

Baru-baru ini terdapat kontroversi membabitkan para peminat yang saling berbalah mengenai gambar-gambar Siti yang dimuat naik dalam Instagram. Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Apakah komen anda mengenai perkara tersebut?

 “Ia adalah isu lama yang berbangkit.”
Gambar Instagram nampak rambut

Sabtu, 14 Julai 2012

Gambar Honeymoon Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer

Selepas berakhirnya majlis persanding Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer di Kelab Darul Ehsan pada 7 Julai 2012 lalu pasangan ini telah pergi berbulan madu di Gold Coast, Australia.

Jumaat, 13 Julai 2012

Sebab Konsert Sami Yusuf Dibatalkan Kerana Isu Kontrak

BERITA pembatalan pada saat akhir Konsert Salaam membabitkan penyanyi Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, esok, bukan saja mengejutkan pelbagai pihak, malah penyanyi undangan konsert itu, Datuk Siti Nurhaliza.

Siti berkata, dia hanya dimaklumkan pembatalan konsert itu petang semalam oleh pengurusan Siti Nurhaliza Productions (SNP) tanpa mengetahui alasan ia dibatalkan. “Memang Siti terkejut dengan pembatalan konsert itu kerana semua persiapan sudah dibuat. Malah, ini kali pertama Siti berdepan situasi seperti ini. Tapi sebagai artis undangan, Siti akur dengan keputusan itu walaupun sedikit terkilan. 

Bayi Lebam Didakwa Dipukul Hantu

Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.

Amy Search Dan Jamal Abdillah Nafi Terima RM10,000 Dari UMNO

Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.
Jamal Abdillah dan Amy masuk Umno

Rabu, 11 Julai 2012

Anita Sarawak Hilang, Ditemui Sudah Bertudung Di Texas

Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.
Anita Sarawak dikatakan sudah bertudung

Isnin, 9 Julai 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Ella Dan Azhar

Hanya sekali lafaz saja, penyanyi lagu Sembilu dan Pengemis Cinta itu sah menjadi isteri kepada Azhar pada jam 10.20 malam 7 Julai 2012 di depan Pendaftar Nikah Qariah Teluk Gadong, Klang, Haji Baharuddin Abu Bakar.

Majlis akad nikah itu mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat masalah elektrik, namun semuanya dapat diselesaikan sejam kemudian.

Ahad, 8 Julai 2012

Gambar Neelofa Di Mekah Mengerjakan Umrah

Neelofa buat umrah
Neelofa atau nama penuhnya Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, keberkatan berada di Tanah Suci telah dimanfaatkan oleh Neelofa untuk sama-sama mengerjakan umrah.

Gambar Eksklusif Persandingan Ke-2 Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer (Pihak Lelaki)

Selepas bersanding pada 1 Julai Ahad di MAEPS, Serdang, Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah diraikan sekali lagi di pihak pengantin lelaki pula. Majlis telah diadakan di Kelab Darul Ehsan pada 7 Julai 2012.

Sebelum ini majlis pernikahan Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie telah diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidangan Putrajaya. Dengan hanya sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapanya Irma menerima mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai.

Terima kasih kepada D'Haja jenama tudung terkenal dengan gambar eksklusif ini. Untuk pengetahuan semua, Irma Hasmie juga telah menjadi duta D'Haja.
Irma Hasmie dan Reza Syah dimajlis resepsi kedua mereka

Sabtu, 7 Julai 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar

Selepas ini bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dinikahkan dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. Acara akad nikah berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang.
Ella dimajlis pernikahannya

Promosi Arak Ramadan Sales Menghina Islam

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di Sri Petaling, Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.
Minuman jenama carlsberg dijual murah sempena ramadhan

Gambar Majlis Berinai Penyanyi Ella

Penyanyi Ella akan melangsungkan pernikahannya bersama jejaka pilihan hati, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak esok 7 Julai 2012. Sebelum itu satu majlis berinai telah diadakan di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang.

Teserlah pengantin di wajah Ella. Dapat lihat kegembiraan pada wajah Ella yang bakal bergelar raja sehari. Tahniah Ella dan Azhar.

Ella di majlis berinai

Jumaat, 6 Julai 2012

Ella Terima Hantaran Perkahwinan Berjumlah RM50,000

ESOK bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dijangka bernikah dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak.

Lebih manis, demi memenuhi permintaan ibu Yang Asmah Yong, 85, yang sudah lama berharap Ella bertemu jodoh, acara akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang.

HIP diberitahu, pada majlis dirancang, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Gambar Bakal Suami Ella-Azhar Ghazali

Bertahun lamanya dia menjawab dan menepis persoalan mengenai bilakah dia akan menjadi isteri orang. Namun tanpa gosip yang heboh seperti artis lain, tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46, akui dia akhirnya sudah bertemu putera hatinya, malah akan mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
 
Azhar Ghazali jejaka A bakal suami penyanyi Ella

Khamis, 5 Julai 2012

Gambar Fesyen Artis Di Anugerah Stail EH! 2012

Pada 4 Julai 2012 berlangsungnya Anugerah Stail EH 2012 anjuran majalah EH anjuran BluInc Media, diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, jam 8 malam. Tahniah kepada artis yang telah memenangi anugerah pada malam itu. Jom tengok gaya dan fesyen artis di  Anugerah Stail EH! 2012.
Nur Fathia seksi di Anugerah Stail EH 2012

Video Penuh Cerekarama TV3 Maharku Untukmu

Tahniah kepada TV3 yang kekal menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia apabila berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi menerusi slot Cerekarama pada malam Sabtu lepas menampilkan telemovie arahan sutradara terkenal Raja Ahmad Alaudin yang bertajuk 'Maharku Untukmu'.

Pemenang Anugerah Stail EH! 2012

Pada 4 Julai 2012 berlangsungnya Anugerah Stail EH 2012 anjuran majalah EH anjuran BluInc Media, diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, jam 8 malam. Dibawakan oleh Sasa, anugerah tahunan ini dihoskan oleh Karl Shafek (pengacara Hip TV) dan Nabil Suria FM.

Blogger Rotikaya Minta Maaf Dengan Wan Shades Dalam Program Awal Lagi TV9

Rezeki Awal Ashaari dikatakan semakin laris setelah bergelar suami. Terbaru, Awal diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara program ‘Awal Lagi’ yang bakal disiarkan di TV9.

Rabu, 4 Julai 2012

Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Bercuti Di Hatyai Thailand.

JIKA sejak kebelakangan ini, ramai yang memperkatakan mengenai hubungan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah berakhir. Ramai juga yang sudah membaca cerita tentang Remy Ishak anggap Tiz macam sampah juga gossip terbaru Remy bagi penampar istimewa kepada Tiz.

Selasa, 3 Julai 2012

Anzalna Mohon Maaf, Neelofa Enggan Bersalaman

Tiada salam dihulur dan mengelak dirakam gambar bersama. Itulah yang berlaku pada majlis pengumuman maaf secara terbuka yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi melerai krisis dua pelakon muda, Anzalna Md Nasir, 24, dengan Neelofa Mohd Noor, 23, di sebuah hotel di Damansara, Petaling Jaya, semalam. Janggal melihat dua individu yang dikatakan sudah berdamai, tetapi enggan bergambar bersama. Lebih pelik, Anzalna dan Neelofa enggan bersalaman selepas sesi 20 minit itu berakhir.  

Isnin, 2 Julai 2012

Gambar Sharifah Sofia telah Berhijrah -Memakai Tudung

Seorang lagi artis telah memakai tudung. Pelakon Sharifah Sofia kini telahpun berhijrah ke arah yang lebih baik... iaitu memakai pakaian menutup aurat dan bertudung. Dalam hal ini, nampaknya makin ramai artis kita yang mulai sedar.

13 Gambar Perkahwinan Akma AF Dan Farih Hamshi

Didahului dengan khutbah nikah, bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Akma kini sah menjadi isteri kepada eksekutif Petronas, Farih Hamshi.

Dengan sekali lafaz, pasangan mempelai yang mengenakan persalinan putih ini dinikahkan oleh bapa Akma sendiri iaitu Abdullah Abdul Rahim di Dewan Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, tepat jam 10.35 pagi 30 Jun 2012.
 Majlis resepsi Akma AF dan Farih Hamshi 

Sidang Media Khas Anzalna Mohon Maaf Secara Terbuka kepada Neelofa

Satu sidang Media khas antara Neelofa dan Anzalna telah dijadualkan berlangsung di Hotel Royal Bintang Baru Cineleisure Damansara.

Menurut wakil Neelofa, sidang media ini adalah bertujuan untuk Anzalna Nasir tampil membuat permohonan maaf secara terbuka buat Neelofa.Ya, Anzalna Nasir akan membuat permohonan maaf kepada Neelofa.


Ahad, 1 Julai 2012

Gambar Majlis Resepsi Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer

Majlis resepsi Redza Syah Azmeer & Irma Hasmie telah berlangsung pada 1 Julai, Ahad di MAEPS, Serdang bermula jam 8 malam.
Berkonsepkan vintaj, malam ini menyaksikan pasangan mempelai diarak masuk ke dalam dewan diiringi alunan selawat, Tola’al Badru Alaina. Anggun dan tampan dengan busana putih rekaan Ezuwan Ismail, pasangan yang bertemu jodoh di Tanah Suci Mekah ini sama cantik sama padan menyusuri karpet merah menuju ke pelamin indah sentuhan, De Classaflora.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Don dan majlis diteruskan dengan bacaan suci ayat Al-Quran. Boleh dikatakan sebuah majlis perkahwinan yang sangat Islamik. Video Irma dan Redza juga disiarkan menceritakan detik pertemuan mereka ketika melakukan umrah.