Memaparkan catatan dengan label berita dan info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita dan info. Papar semua catatan

Khamis, 3 Januari 2013

Tanah Runtuh Di Putra Height,Subang Jaya, 6 Kereta Tertimbus

Tanah runtuh di Subang Jaya-3 Jan 2013
Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.info sinarharian


Sabtu, 29 Disember 2012

Gambar Sekitar Tanah Runtuh Di Taman Puncak Setiawangsa.

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Khamis, 20 Disember 2012

Apa Kaitan Gangnam Style Dengan Ramalan Kiamat Nostradamus

Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

Petikan ramalan Nostradamus yang berkaitan dengan Gangnam Style

Jumaat, 7 Disember 2012

Koleksi Jenama Tudung FARAHiskandar-Milik Farah Lee

Farah Lee isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Farah memiliki perniagaan online sendiri, yang menjual tudung Bawal berjenama Farah Iskandar.
Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah.

Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan.
Tudung Farah iskandar-warna biru

Khamis, 6 Disember 2012

Apakah Kesalahan Farid Kamil Memakai Uniform Tentera Di majlis Resepsinya

Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.
Pakaian tentera yang di pakai oleh Farid Kamil di majlis resepsinya

Selasa, 4 Disember 2012

Tarikh Hari Kiamat 21 Disember 2012-Planet Rempuh Bumi, UFO Muncul

Gunung Pic de Bugarach tempat yg selamat dari Hari Kiamat 21 Disember 2012
Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Sabtu, 1 Disember 2012

Gambar Terowong Tentera Jepun Perang Dunia Ke-2 Di Palekbang

Gambar terowong tentera Jepun Perang Dunia Kedua di kampung Palekbang
Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.

Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.

Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.

Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.

“Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.

Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.

Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.

Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.

Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.

“Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.

“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.

Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.

“Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.

Penyerang Penuntut Malaysia Muhammad Ashraff Haziq Rossli Dibebaskan

Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.


Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri.
Penyerang Muhammad Ashraff Haziq bebas

Khamis, 8 November 2012

Gambar Hantu Berjaya Dirakam di Hospital Melaka

 Imej seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit 
oleh seorang jururawat  di sebuah hospital swasta di Melaka baru-baru ini.
Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Khamis, 1 November 2012

Terkini Status Liyana Jasmay- Tidak Dapat Dihubungi Di NYC Akibat Taufan Sandy.

 Ramai peminat yang tertanya-tanya perkembangan terkini artis Malaysia yang berada di New York Amerika Syarikat seperti Juliana Evans dan Liyana Jasmay. Ini status terkini salah seorang dari mereka.

Usaha untuk menghubungi pelakon terkenal, Liyana Jasmay  itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu. Sebelum itu Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.

Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York. 
Liyana Jasmay di NYC

Isnin, 29 Oktober 2012

Myjodoh.net- Awas! Perangkap Kasanova

Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.

Selasa, 16 Oktober 2012

Gambar Pra Perkahwinan Lee Chong Wei Dicuri, Pejabat Dipecah Masuk

Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo.
Gambar pra perkahwinan Lee Chong Wei 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tiga Penyakit Dikenal Pasti Akibat Stres Di Tempat Kerja

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pekerja menghidap tiga penyakit akibat tekanan atau stres di tempat kerja.

Rabu, 10 Oktober 2012

Bayi 30 Hari Maut Dihempap Abang

Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini.

Khamis, 27 September 2012

Pengakuan: Datin Zakiah Merestui Perkahwinan Madunya Sharifah Khasif

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.

Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Rabu, 26 September 2012

Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah Di Facebook-Gopinath Jayaratnam Beri Penjelasan

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. 

Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad

Khamis, 20 September 2012

Larangan Menggunakan Internet Explorer

Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.

Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.

Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.

Selasa, 18 September 2012

Hui Yee(Penerima Jantung) Meninggal Dunia Ketika Berumur 19 Tahun

Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.

Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.
 

Jumaat, 14 September 2012

Google Enggan Padam Video Menghina Rasulullah- Innocence of Muslims

Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.
 

Khamis, 13 September 2012

Kertas Percubaan SPM Bocor di FB (Boleh Download)

Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.
Soalan percubaan SPM yang bocor