Memaparkan catatan dengan label berita dan info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita dan info. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mac 2013

Penyanyi 90an Nouri Disyaki Membunuh Suaminya Khairul Azmi Jaafar

Awal pagi ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi wanita oleh pihak polis berhubung kematian suaminya. Berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, namun tidak dinyatakan nama penyanyi terbabit.

Namun, portal berita Mstar membuat laporan susulan dengan mendedahkan penyanyi yang ditangkap itu adalah Nouri selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Nouri diberkas pada awal pagi Rabu bersama dua anak saudaranya dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut laporan akhbar, penyanyi wanita itu telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati akibat dibelasah dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.
Nouri isteri Khairul Azmi Jaafar

Penyanyi Popular 90an Bertengkar Dengan Suami Hingga Mati

Berita panas hari ini. Suami penyanyi popular 1990 ditemui mati.Siapakah penyanyi itu?Yang pasti mesti saya kenal kalau disebut namanya,sebab tahun 1990 waktu itu zaman saya muda remaja memang suka layan lagu-lagu mendayu-dayu ni.....
gambar hiasan

Khamis, 28 Februari 2013

Gambar-Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013

Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.
Flyover Runtuh di Putrajaya  sumber
Untuk makluman semua, jambatan tu dibina dan diselenggara oleh PKNS, khabarnya ada berlaku pemendapan tanah.. dan PKNS terpaksa tutup laluan jambatan tu hasil dari perbincangan dengan pihak LLM. Sebelum jambatan tu runtuh, cable TNB yg supply kat kilang Q CELL tu dah hampir nak teputus disebabkan tanah kat area tu mendap lagi lepas repair..hari ni tiba-tiba jambatan tu betul-betul runtuh.Difahamkan juga  tempat itu memang bekas lombong,kebarangkalian pemendapan tanah boleh berlaku sumber

Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.sumber

Selasa, 19 Februari 2013

8 Gambar Banjir Kilat Di Puchong

Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air.

Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Jumaat, 15 Februari 2013

Video Tahi Bintang Jatuh Di Rusia 15.2.2013

Serpihan tahi bintang meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 400 orang cedera.

Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.

Menteri dalam negeri berkata, lebih 250 orang cedera, tiga daripada mereka cedera parah, apabila gegaran gelombang itu tercetus di Chelyabinsk dan beberapa bandar yang lain.


Cerita Ayah Bagilah Tangan Ita Balik Di FB Bohong-Ayah Buat Laporan Polis

Malam tadi ada juga kawan FB share cerita bertajuk Ayah bagilah tangan Ita balik,memang sedih ceritanya,nasib baik tak share pula. Rupa-rupanya cerita tu hanya bohong.

“Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan,” kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya.

Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk ‘Ayah bagilah tangan Ita balik’ dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.

“Dalam Facebook itu, digambarkan kononnya seorang kanak-kanak dikenali sebagai Ita dipotong tangan oleh bapanya kerana tidak minat melukis.

“Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu,” katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.

Mohamad Yazwin berkata, kemungkinan gambar anaknya itu diambil tanpa kebenaran melalui blog milik isterinya yang memuat naik gambar anak mereka ketika menerima rawatan di hospital.

“Saya rasa mereka mengambil gambar itu dan membuat cerita seolah-olah kejadian menimpa kanak-kanak terbabit adalah anak saya sedangkan nama kanak-kanak itu Ita.



Isnin, 11 Februari 2013

Gambar Dan Video Persembahan Psy Di Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia

Sambutan Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Han Chiang di Jalan Lim Lean Teng di sini hari ini dimeriahkan dengan persembahan artis rap Korea Selatan, Psy.

“Penganjur juga menyediakan satu kawasan terbuka di hadapan pentas untuk orang ramai menonton dan menari bersama Psy.

Psy yang pertama kali membuat pesembahan di negara ini menyanyikan lagu popularnya "Gangnam Style" dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung.

Orang ramai membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi tadi.
Konsert Psy di Pulau Pinang

Sabtu, 2 Februari 2013

Trend Gigi Taring Berlapis @ Yaeba Kini Melanda Jepun

Siapa ada gigi bertaring. Untunglah, lepas ni jangan malu-malu sebab ada gigi taring. Tak lama lagi akan menjadi trend pulak.

Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

Gigi taring berlapis/yaeba
 Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.
trend gigi taring berlapis/yaeba

Ahad, 27 Januari 2013

(Gambar)Jepun Dakwa UFO Terhempas Punca Berjuta Ikan Mati Di Pulau Okinawa

Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu.

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran.

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata.


Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 
Berjuta-juta ikan ditemui mati secara misteri di perairan Okinawa minggu lalu, sementara itu, imej UFO (gambar kecil) yang dilaporkan terhempas di perairan Okinawa, dikeluarkan tentera laut Jepun.

Isnin, 21 Januari 2013

Bayi Lahir Sempena Maulidur Rasul Di Johor Dapat Kambing Berharga RM1

Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.


“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.
Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty

Kisah Hantu Di UiTM Lendu- Betul Atau Khabar Angin?

Dakwaan kewuju-dan makhluk halus serta kejadian histeria membabitkan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini yang heboh diperkatakan menerusi laman siber menggemparkan pelajar di situ.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ada pihak turut mendakwa berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar.

Malah, terdapat beberapa laman blog termasuk yang dipercayai dikendalikan pelajar institusi berkenaan turut memuatkan foto menunjukkan kelibat wanita seolah-olah penari Mak Yong di belakang salah seorang pelajar ketika mengambil gambar.

Cerita berkenaan kini hangat diperbincangkan di laman Twitter menerusi beberapa 'hash tag' yang diwujudkan khas untuk isu berkenaan termasuk #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForLendu.

Yang pastinya, dakwaan mengenai makhluk halus berkenaan bukan saja mencetuskan ketakutan lebih 9,000 pelajar di kampus berkenaan, tetapi turut mengakibatkan perdebatan antara mereka yang percaya dan tidak dengan cerita mistik berkenaan
UITM Lendu ,Melaka

Sabtu, 19 Januari 2013

Gambar Majlis Persandingan Ummi Hafilda Dan Dr Zaman Khan

Majlis resepsi persandingan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri.

Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indah menjadi penyeri Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini.

Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini.

Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin.

Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey.
Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan dimajlis persandingan mereka

Jumaat, 18 Januari 2013

Individu Curi Duit Lisa Surihani RM50,000 Sudah Dikenal Pasti

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lisa Surihani rugi rm50,000 

Budak Perempuan 11 Tahun Dilarikan Kekasih 17 tahun

Gambar Teratai Kamilia dikatakan dilarikan kekasih berumur 17 tahun
Apa nak jadilah sekarang ni. Kalau dulu umur 11 tahun tu masih main pondok-pondok, tak pun main galah panjang dengan rakan sebaya. Tapi sekarang 11 tahun dah pandai ada kekasih,sanggup pula lari bersama.

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Rabu, 16 Januari 2013

Patrick Teoh Hina Islam Dikecam Artis


Kenyataan Patrick Teoh di akaun Facebooknya

Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebayadan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman facebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Selasa, 15 Januari 2013

Video Sharifah Zohra Jabeen VS Bawani KS Di Forum "Seiringkah mahasiswa dan Politik?" (UUM)

Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M &Bawani KS, 
Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M telah menjadi ahli panel forum.

Dalam forum tersebut, barisan ahli panel terdiri daripada Sharifah Zohra Jabeen, Peter Yap, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Mazli Mutazam.

Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? '(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis.

Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Isnin, 14 Januari 2013

Perhatian Untuk Kaki Pancing-Kisah Misteri Empangan Teluk Bahang

Empangan Teluk Bahang
Empangan Teluk Bahang yang merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang kekal dengan misteri tersendiri yang semakin membimbangkan apabila ia dikatakan menjadi habitat ikan naga dan toman yang boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama pemancing.

Beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kedua-dua jenis ikan bersaiz gergasi di empangan tersebut yang kini sudah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi kaki pancing.

Khamis, 10 Januari 2013

4 Gambar Dan Video Kereta Ferrari 360 Spider Terbakar Di Kajang

Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci.

Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah.
Kebakaran Kereta jenis FERRARI

Bayi Maut Disuntik Ubat Kecut Rahim Selepas Dilahirkan

Lagi kecuaian dari pihak hospital. Sepasang suami isteri memfailkan saman atas kecuaian kakitangan hospital swasta di sini, yang didakwa menyuntik ubat mengecutkan rahim sehingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka.

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya, Selangor Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan isterinya, Norehan Abdul Hassan, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah politeknik di Tanjung Malim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam.

Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala.
gambar hiasan

Selasa, 8 Januari 2013

Berita Datuk Seri Najib Razak Kena Strok Tidak Benar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.
 "Saya sihat", kata Najib