Memaparkan catatan dengan label sling bag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sling bag. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Pink Sling Bag- Handmade ct N honey

 Hari ini saya nak share pula dengan semua sling bag yang baru siap malam tadi. Seronok buat beg ni,sebab buat dengan jiwa yang tenang. Pattern suka hati den, jadi tak perlu nak cepat siap. Kalau jadi ok, kalau tak puas hati simpan dalam kotak.

Sabtu, 13 September 2014

Koleksi Beg Motif Bunga Warna Pastel Dan Ceria.

Minggu yang memenatkan,tapi harus gagahkan juga untuk settlekan tempahan minggu depan. Banyak juga tempahan minggu ini yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah. Macam-macam warna yang dipilih oleh pelanggan untuk beg tempahan kali ini.

Beg bermotif bunga,motif kilt (warna merah),vintage roses juga warna pastel dan yang ceria.

In sha allah ada projek baru dalam perancangan. Kalau berjaya nanti saya sharelah dengan semua. Kalau tak dapat duduk menung sorang-sorang.

Hari ini dah mula cuti sekolah selama seminggu. Pasti dalam rumah dari pagi hingga ke malam riuh dengan suara anak-anak bujang. Tak tahu lah macam mana nak fokus menjahit. Seorang nak makan,seorang nak mandi yang lain berkelahi...uhuh..minggu yang penuh kesabaran.

Sebahagian koleksi tempahan handmade ct N honey 

Khamis, 21 Ogos 2014

Sling Bag Corak Polkadot

Koleksi Sling bag terbaru,sling bag polkadot

Sling Bag terbaru Handmade ct N Honey gambar "meow" khas untuk pengemar kucing. Diperbuat dari kain

Khamis, 17 Julai 2014

Handbag PU Leather Handmade ct N honey

Sling bag & Handbag menggunakan material PU 
Alhamdulillah sudah 19 Ramadan pada hari ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak menyambut hari raya. Nasib baik semua tempahan bag telah siap dan di pos hari isnin yang lepas. Memang letih bila kejar masa untuk menyiapkannya. Cara saya hilangkan stress dan merehatkan minda bila semua tempahan sudah siap dengan menjahit suka-suki. Macam mana pula tu kan. Menjahit tapi hilangkan letih dengan menjahit.....

Khamis, 22 November 2012

Handmade Sling Bag Untuk Student-'Simple But Nice'

Sekarang ini nak update blog sudah tidak ada masa. Sibuk dengan tempahan menjahit. Tapi harus juga dan paksa diri untuk mengup date walaupun satu entry.

Hari ini entry santai aje. Disebabkan sekarang Ct telah mula berbisnes melalui online dengan jenama Handmade Bag ct N honey eloklah kiranya entry ini mengenai hasil kerjatangan Ct itu.

Ini adalah tempahan dari rakan FB seorang pelajar U. Dia mahukan Sling Bag yang bersaiz A4,muat untuk mengisi fail dan buku ilmiahnya.

Sling Bagnya mestilah 'Simple But Nice'. Beg ini diperbuat dari kain jenis Jeans. Jadi rasanya sangat sesuai lah beg ini buat dia.

Sling Bag Handmade-Pattern yang 'Simple But Nice'