Isnin, 7 Mei 2012

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi-6 Mei 2012

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.


Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.



Majlis pertunangan mereka di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.



Farih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan perkenalan mereka tidak berlangsung dalam jangka masa yang lama.

Akma AF bersama tunangnya Farih Hamshi

Ahad, 6 Mei 2012

Gambar Majlis Resepsi Awal Ashaari & Scha Alyahya Di PICC

Tepat jam 8 malam 6 Mei 2012, berlangsungnya Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dekorasi dewan PICC majlis resepsi Awal & Scha adalah ilham kreatif  Encik Razak dari Flora Etcetera yang lebih dikenali sebagai Flower Guru.Tetamu yang hadir pada malam itu juga dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia.
Awal & Scha-Majlis Resepsi PICC

Cerita Awek Cikaro Gejala Terbaru Remaja Bawah Umur

Dulu digelar bohsia, kini dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.

Berikutan dibiarkan bebas tanpa pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu, sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi, gedik dan berani.

Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.

 

Kenali Izzam Shafiq Watak Ajik Dalam Filem Chow Kit

'MAK-MAK jangan mainlah brother.' Cukup dengan sekadar sepotong dialognya menerusi video promosi filem Chow Kit yang kerap tersiar di kaca televisyen, wajah remaja belasan tahun ini kuat mendesak perasaan ingin tahu. Sifat semula jadi, lakonan bersahaja dan bersilih emosi menerusi Chow Kit juga segera memberi petunjuk, seorang pelakon generasi baharu sedang dilahirkan.

Di luar set, Mohamad Izzam Syafiq, 14, agak pendiam, dia ketara berbeza berbanding lakonan yang meninggalkan kesan menerusi filem arahan Dhojee dan Brando Lee itu. Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Bukit Idaman, Selayang itu juga tidak lahir dari keluarga seni dan Chow Kit satu-satunya naskhah yang menjadi titik mula permulaan buatnya.

Izzam Syafiq pelakon dalam  Chow Kit

Sabtu, 5 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-yahya

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Majlis pernikahan mereka diadakan di Pullman Lakeside, Putrajaya.

Selain mas kahwin sebanyak RM2,050, Scha turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan kek.


Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Majlis Berinai Awal Ashaari & Scha Al-yahya

Selepas acara pernikahan, pasangan pengantin baru Awal dan Scha bersanding pula untuk majlis berinai.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan popular Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Syed Kechik (Scha), 29, dan Ahmad Awalluddin Ashaari (Awal), 30, sah bergelar suami isteri. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM2,050 di Pullman Lakeside, Putrajaya kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Majlis berinai Awal dan Scha

Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah...Seia Sekata Scha & Awal.

Setelah hampir tiga tahun menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti romantik, Scha Alyahya dan Awal Ashaari (SchAwal) akhirnya mengambil keputusan memeterai kisah cinta mereka dengan ikatan yang suci.

Hari ini adalah tarikh keramat buat SchAwal untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah, di mana acara bersejarah ini disiarkan secara langsung lagi serentak menerusi Astro Ria (saluran 104), Astro Awani (saluran501) dan Astro Ria SingTel mio TV (saluran 34) menerusi program Akad Nikah...Seia Sekata SchAwal.

Disebabkan masalah teknikal siaran langsung tidak dapat disiarkan. Rakaman
Akad Nikah Seia Sekata Schawal akan bersiaran pada 12.30 tengah hari ini, 5 Mei 2012 diAstro Ria.
Awal & Scha sebelum majlis akad nikah

Gambar Sekitar Persiapan Majlis Pernikahan Awal & Scha Di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Kurang dari 4 jam lagi untuk dinikahkan, pelakon kacak, Awal Ashaari mengakui gementar dan gugup untuk menantikan saat ijab dan kabul antara dia dan Sharifah Norazean Syed Mahadzir Al Yahya Atau Scha Al Yahya pada malam ini.

Dekorasi majlis pernikahan Awal & Scha

8 Gambar Scha Mencuba Gaun Pengantinnya

Pasangan selebriti yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei, hari ini, Awal dan Scha Al-Yahya, telah percubaan gaun pengantin mereka baru-baru ini di Atelier pereka terkenal Syaiful Baharim di Bangsar.

Fasa baharu dalam kehidupan sudah menjelma buat pemilik nama aktor dan pengacara Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari.

Sah bergelar suami kepada aktres dan pengacara Scha Al-Yahya, 29, menerusi upacara akad nikah yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada hari ini, Jumaat 4 Mei, kata Awal, walaupun dirinya dilanda perasaan gemuruh untuk diijabkabulkan, namun dalam masa yang sama dia berasa teruja memperisterikan Scha.
Gaun Pengantin Scha untuk majlis perkahwinannya

Gambar Anak Sulung Ahmad Fedtri Yahya-Indah Sutera Jannah

Tahniah diucapkan kepada pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya apabila isterinya, Nurul Anati telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram pada jam 10.50 malam, 30 April lalu.







Indah Sutera Jannah anak perempuan Ahmad Fedtri Yahya