Syawal bakal tiba tidak lama lagi. Rasanya ramai yang sudah sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya. Bercakap tentang hari raya, `part’ yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tentunya masa malam raya ataupun pagi raya. Waktu itulah baru terasa suasana Hari Raya yang sebenar-benarnya.
Suasana kunjung-mengunjung antara anggota keluarga dan sanak-saudara adalah perkara penting dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam masyarakat kita
Kunjungan ke mana-mana rumah atau tempat sambutan Hari Raya diadakan selalunya tidak lengkap tanpa berlakunya huluran salam. Ia diiringi ucapan saling memohon maaf di antara dua insan yang bertemu. Salam dihulur akan disambut. Permohonan maaf ditutur juga akan disahut. Apalah erti Hari Raya kalau tidak bermaafan.
Ungkapan yang popular ialah,“maafkan segala salah dan silap, halalkan segala makan dan minum” atau “kosong-kosong lah kita dua ya!”,memang biasa kita dengar. Tak sabar pula nak rasa suasana kegembiraan menyambut hari raya nanti.
 |
| Bermaaf-maafan dihari raya |
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, mesej permohonan maaf boleh disampaikan dengan pelbagai cara yang cepat dan mudah. Kita boleh menggunakan telefon, sms, facebook, skype, messenger dan pelbagai lagi.
“Pada sesiapa yang tidak dapat bertemu di Hari Raya dan tidak berpeluang mengucapkan Selamat Hari Raya secara berdepan kini telah ada satu kemudahan dengan cara yang unik bagi mengeratkan lagi silaturahim dengan menghatar mesej beribadi bertemakan karakter dalam website
UMobileRayaHari Raya mereka.