Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. Sebagai seorang penceramah popular jadi setiap perkara yang dilakukan menjadi perhatian umum, termasuk juga ramai yang memperkatakan tentang majlis perkahwinannya. Ramai yang mempersoalkan kenapa Husna memakai inai dan majlis persandingan juga telah diadakan, yang dikatakan seperti amalan kaum lain.
Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphoto Artmosphere Photography juga Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.








