Khamis, 30 Ogos 2012

Ustaz Don Jawab Perkara Yang Menjadi Isu di Majlis Perkahwinannya

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. Sebagai seorang penceramah popular jadi setiap perkara yang dilakukan menjadi perhatian umum, termasuk juga ramai yang memperkatakan tentang  majlis perkahwinannya. Ramai yang mempersoalkan kenapa Husna memakai inai dan majlis persandingan juga telah diadakan, yang dikatakan seperti amalan kaum lain.


Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphoto Artmosphere Photography juga  Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.

Maksud Lirik Lagu Gangnam Style Versi English

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Rasanya tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.


Rabu, 29 Ogos 2012

(Video) Penyanyi Korea Psy - Pencetus Fenomena Gangnam Style

 Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 60 juta.  

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar. 

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.

Selasa, 28 Ogos 2012

Tonton Drama Adam Dan Hawa Secara Online

Anda peminat setia Aaron Aziz & Nadiya Nisaa? Tidak dapat menonton drama bersiri Adam & Hawa yang telah pun bersiaran pada 27 Ogos 2012? Maklumlah drama ini bersiaran di Mustika HD. Ramai juga yang tak langgan Pakej Mustika. Kini, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Episod 1 hingga 4 drama bersiri Adam & Hawa secara ONLINE! 

Isnin, 27 Ogos 2012

Gambar Majlis Persandingan Ustaz Don Dan Husna Yang Romantik

Penceramah popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.
Majlis persandingan Ustaz Don & Husna

Jumaat, 24 Ogos 2012

3 Gambar Perkahwinan Ustaz Don Dan Husna Zahry

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Rasanya semua kenal dengan Ustaz Don yang sekarang ini telah menjadi penceramah terkenal tak kira peringkat umur terutama dalam rancangan program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Untuk maklumat semua Ustaz Don telah selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangannya pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir, Husna Zahry Rafie semalam, 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal.
Gambar Kad Jemputan Ustaz Don & Husna

Gambar Anak Perempuan Farah AF

Bekas peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, 15 Ogos 2012 yang lalu.

Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, “Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat.”

Khamis, 23 Ogos 2012

Jue Aziz Mengaku Mengenali Aidil, Tahu Siapa Yang Sebarkan Fitnah

Nama pelakon Jue Aziz tiba-tiba kembali hangat diperkatakan ramai apabila sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan tentang hubungan istimewanya dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga suami kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar.

Hubungan antara Jue dan Aidil dikatakan akrab dan seperti pasangan dilamun cinta, sedangkan pada masa yang sama kes membabitkan Aidil dan Rita masih lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Selasa, 21 Ogos 2012

Gambar-Norish Karman Mengaku Lahirkan Haq Lutfie Alexander, Usah Persoalkan Statusnya

Haq yang dikatakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang anak kandung Norish Karman. Ini adalah temubual pertama NK bersama media untuk menjelaskan segala-galanya yang selama ini menjadi bualan banyak pihak tentang kehadiran orang baru dalam kehidupan keluarganya, Muhammad Haq Lutfie Alexander.
gambar terbaru Norish Karman bersama Haq Lutfie Alexander 

Drama Bersiri Adam Dan Hawa Bakal Jadi Fenomena Baru

TINGGAL beberapa hari lagi, kisah yang akan meruntun perasaan peminat drama tanah air, Adam Dan Hawa akan mula ke udara, jam 10 malam di Astro Mustika.

Mempertaruhkan gandingan pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz bersama pelakon serba boleh, Nadiya Nissa, drama bersiri 80 episod itu diyakini bakal mencetuskan satu fenomena baru.