Selasa, 9 Oktober 2012

Dituduh Bersekedudukan Black Mahu Saman Penulis Gosip

DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.

Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).

Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya kepada Kosmo! bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.

"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.

"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.

Bercadang mahu menyaman penulis gosip tersebut jika dia tahu siapa gerangan individu tersebut, akui Black, sebagai seorang Islam dia masih tahu batas-batas agama dan tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk (bersekedudukan) itu.

Kata Black, dia mempunyai ibu dan bapa yang mendidiknya dengan baik. Malah, dia juga tahu hukum agama hasil pengajian menerusi sekolah agama ketika bergelar pelajar.

"Orang tengok saya sentiasa senyum dan baik, tetapi janganlah buli saya. Mungkin saya tidak ada kontroversi dan penulis tersebut sengaja menciptanya. Kalau kontroversi itu membina, saya boleh terima. Namun yang menjatuhkan (reputasi), saya tidak boleh terima," jelasnya yang sehingga kini masih terasa hati dengan penulisan penulis gosip tersebut.

Ditanya adakah dia menyesal dengan perbuatannya pergi bercuti bersama rakan-rakan, ungkap Black, sebagai individu, dia ada hak untuk bercuti dengan siapa dan ke mana sahaja. Dia tidak perlu berasa kesal kerana tidak melakukan perbuatan yang dilarang ketika bercuti.

Selasa, 2 Oktober 2012

Drama Bersiri Jauh Adaptasi dari Novel Aisya Sofea

 Setelah selesai penggambaran drama bersiri Adam dan Hawa sebanyak 80 episod sekali lagi Global Station Sdn Bhd bakal menghasilkan satu lagi drama yang diadaptasikan juga dari novel akan menemui penonton.

Untuk pengetahuan semua drama berjodol Jauh ini juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea yang berjudul Jauh.

Jika drama Adam dan Hawa penggambarannya dilakukan di luar negara iaitu di Makkah dan Perth, untuk drama Jauh pula telah diadakan di Maghribi.

Kali ini aktor popular Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir pula bergabung buat pertama kali menerusi drama Jauh ini. 


Jumaat, 28 September 2012

Rujuk Tidak Sah-Sham Kamikaze Bermuasyarah Hampir Setahun Bersama Farazila

Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.

Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.

Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
Sham Kamikaze dan Farazila saat bahagia 

Khamis, 27 September 2012

Pengakuan: Datin Zakiah Merestui Perkahwinan Madunya Sharifah Khasif

JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, kesan daripada perkahwinan yang sangat mulia di sisi agama itu, timbul cerita yang Sharifah Khasif menyembunyikan pernikahannya kerana dia adalah isteri kedua dan rentetan itu, Khasif sudah pun menjelaskan situasi yang sebenar menerusi e-mel kirimannya.

Pun begitu, cerita itu tidak berakhir begitu saja apabila isteri pertama Hizal, Datin Seri Shahrul Zakiah Mat Yusof pula ‘diganggu’ dengan pelbagai panggilan telefon memintanya agar dia reda dan bersabar di atas perkahwinan itu. Hakikatnya, Zakiah sendiri sudah tahu yang suaminya akan berkahwin dengan Sharifah Khasif dan merelakannya.

Suasana yang tenang menjadi agak kusut dan berserabut sekarang kerana seolah-olah perkahwinan Hizal dan Khasif tidak mendapat keizinan Zakiah yang mana sebenarnya Zakiah sudah lama mengenali Khasif dan bersedia menerima Khasif sebagai ahli keluarga barunya.

Selain itu, tiada isu pernikahan mereka dilakukan secara sorok-sorok kerana Khasif menerusi pembantu peribadinya turut mengedarkan kad jemputan kepada saudara-mara, kenalan yang jauh dan dekat serta rakan media.

Bagi menjernihkan semula keadaan, Zakiah mengirim e-mel kepada RAP, Harian Metro beserta gambarnya bersama Hizal dan juga gambar mereka sekeluarga ketika bercuti di Jepun yang turut disertai Khasif. Dia berharap dengan penjelasannya itu, segala kemusykilan dan tohmahan terhadap keluarganya dan juga Khasif akan segera terlerai kerana apa yang penting sekarang mereka hidup dengan aman bahagia dan reda dengan ketentuan daripada Allah SWT.

Rabu, 26 September 2012

Isu Rakyat Malaysia Menghina Rasulullah Di Facebook-Gopinath Jayaratnam Beri Penjelasan

Belum habis dengan isu filem Innocence of Muslims, negara dikejutkan sekali lagi dengan tindakan seorang pengguna facebook yang turut menghina Rasulullah SAW dan Islam. 

Tiba-tiba nama dan gambar Gopinath Jayaratnam jadi popular di FB malam tadi. Ini disebabkan kerana tulisannya telah menghina Rasulullah SAW di akaun FB miliknya. Dengarnya rumahnya pun telah diserang. 
Akaun Facebook Gopinath lelaki india yang menghina Nabi Muhammad

Isnin, 24 September 2012

Isu Dialog Lafaz Cerai-Vanida Enggan Terima Nasihat Mufti Perak

Pelakon Vanidah Imran atau Vee menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suaminya, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanida mengulas mengenai nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan dalam akhbar Utusan hari ini yang menggesa pasangan itu memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Adegan Cerai Vanida Dan Rashidi Dalam Filem Untuk Tiga Hari Mufti Nasihat Rujuk

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.
Filem Untuk Tiga Hari

Gambar Terbaru Mazuin Hamzah Di Majlis Perkahwinan Anakanda Kelima Sultan Brunei Darussalam

Ramai sungguh yang mencari gambar terkini Mazuin Hamzah. Mazuin mengukir sejarah negara apabila menikahi adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah pada 1987.  Hasil buat blogwalking pagi-pagi ni dapat satu gambar terbaru Mazuin Hamzah.
Majlis Perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini  
Mazuin Hamzah yang kini dikenali sebagai Hajjah Mazuin binti Hamzah bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.
Mazuin Hamzah gambar terkini 

Anak Datuk K Jumpa Rozita Che Wan Isu Kawin Dengan Bapanya

Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.
Rozita Che Wan 

Gambar Dan Biodata Lynda Roslan - Pelakon Dan Duta Butik Muslimah Radiusite

NAMANYA mungkin masih asing dalam industri seni tetapi sekiranya peminat tudung melihat gambarnya, pasti mereka tahu wajah itulah yang sering menghiasi majalah kerana menjadi model tudung.

Siti Maslinda Roslan atau Lynda, 24, bukan saja menjadi model rasmi butik muslimah terkenal, Radiusite tetapi juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Langkahnya semakin mudah apabila tanpa dipinta rezeki datang bergolek. Siapa sangka finalis untuk pencarian muka depan Dara.Com itu dilamar sebagai artis MIG Talent.
Lynda Roslan finalis cover depan Dara.com