Khamis, 13 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Betty Banafe & Bruce Dargus

Seorang lagi selebriti yang mengabadikan tarikh 12 Disember 2012 untuk meraikan detik istimewa dalam kehidupan mereka. Betty Banafe & suami Bruce Dargus tidak ketinggalan melangsungkan majlis resepsi yang begitu meriah di Danga Bay, Johor Bahru.

Pada Ahad yang lalu, Betty Banafe sah bergelar isteri kepada perunding teknologi Bruce Dargus dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan.
  Majlis Resepsi Betty Banafe & Bruce Dargus yang serba mewah

Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle & Farid Kamil Di Jitra

Farid Kamil dan Diana Danielle antara pasangan di negara ini yang mengabadikan detik manis dan tarikh bertuah 12.12.12 dengan mengadakan majlis perkahwinan.

Majlis persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle dengan konsep tradisional ini berlangsung di Darulaman Park Lake Park di Jitra, Kedah.
 Diana Danielle & Farid Kamil di majlis resepsi mereka  di Jitra,Kedah

Rabu, 12 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Zakiah Anas Dan Raja Shahrul Azmi

Berpakaian serba putih, Zakiah Anas dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai.

Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak dan anak bongsu daripada enam adik beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bersama Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.

Majlis pernikahan Zakiah Anas dan Raja Shahrul Azmi Raja Sahar

Isnin, 10 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shah Jaszle kerana telah pun mengikat tali pertunangan dengan Redzwani Puteri pada Sabtu lalu( 8 Dis 2012).
Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012  
  Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri 

Sabtu, 8 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus

Dengan sekali lafaz Betty Banafe selamat menjadi isteri kepada Bruce Dargus yang telah berlangsung pada pukul 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.
  Betty Banafe Dan Bruce Dargus dimajlis pernikahan 

Jumaat, 7 Disember 2012

Koleksi Jenama Tudung FARAHiskandar-Milik Farah Lee

Farah Lee isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Farah memiliki perniagaan online sendiri, yang menjual tudung Bawal berjenama Farah Iskandar.
Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah.

Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan.
Tudung Farah iskandar-warna biru

Khamis, 6 Disember 2012

Apakah Kesalahan Farid Kamil Memakai Uniform Tentera Di majlis Resepsinya

Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.
Pakaian tentera yang di pakai oleh Farid Kamil di majlis resepsinya

Selasa, 4 Disember 2012

Tarikh Hari Kiamat 21 Disember 2012-Planet Rempuh Bumi, UFO Muncul

Gunung Pic de Bugarach tempat yg selamat dari Hari Kiamat 21 Disember 2012
Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian

Bertemakan ‘Barbeque Wedding’, Farid dan Diana berarak masuk ke perkarangan Taman Ekuestrian diiringi Unit Berkuda PDRM.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson,21, tampil anggun dalam busana mewah rona putih ala puteri raja hasil rekaan daripada label MimpiKita dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Chot. Manakala Farid Kamil pula mengenakan uniform khas yang ditempahnya untuk digayakan pada malam tersebut.
Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian 
 Dato` Dr Zahari bapa Farid telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka. Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.

Diana Danielle dan Farid Kamil menaiki kereta kuda di majlis Resepsi mereka
Baju pengantin Diana Danieele
 Selain sahabat dan saudara mara, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu dikalangan orang kenamaan, para media dan rakan artis. Antara selebriti yang hadir adalah Maya Karin, Fazura, Nad Zainal, Zulhuzaimi, dan Zul Suphian. Manakala, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adira dan Amir Jahari.
Pelamin perkahwinan dalam taman Diana Danielle dan Farid Kamil
Majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember ini dan masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman.

Gambar Ella Yang sangat Cantik dan Ayu Di Majlis Resepsinya

Bertemakan serba putih dan dihiasi ‘chandelier’ klasik, pelamin juga cantik dihiasi bunga-bungaan putih hasil tangan Pak Abu. Majlis resepsi ratu rock Negara tersebut memulakan acara makan beradab. Bon Jova Accoustic yang merupakan sahabat handai Azhar membuat persembahan sebagai halwa telinga sambil menikmati hidangan yang disediakan.Dang Suria pula berkhidmat sebagai pengerusi majlis.
Ella dan Azhar di majlis resepsinya
Pasangan mempelai kemudiannya menukar busana masing-masing untuk upacara memotong kek. Ella kelihatan sungguh ayu dengan busana kedua rekaan Rizman Ruzaini yang berwarna merah jambu manakala Azhar pula kelihatan kacak dengan sut kelabu yang dikenakan.