Rabu, 16 Januari 2013

Patrick Teoh Hina Islam Dikecam Artis


Kenyataan Patrick Teoh di akaun Facebooknya

Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebayadan Nasi Lemak 2.0.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman facebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Selasa, 15 Januari 2013

Video Sharifah Zohra Jabeen VS Bawani KS Di Forum "Seiringkah mahasiswa dan Politik?" (UUM)

Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M &Bawani KS, 
Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M telah menjadi ahli panel forum.

Dalam forum tersebut, barisan ahli panel terdiri daripada Sharifah Zohra Jabeen, Peter Yap, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Mazli Mutazam.

Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? '(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis.

Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Isnin, 14 Januari 2013

Imej Terbaru Bertudung Penuh Siti Nurhaliza Ala Hana Tajima

Imej bertudung Siti Nurhaliza ala-ala Hana Tajima
Daripada hanya berselendang, kini bertudung sepenuhnya. Itulah keputusan nekad yang dibuat oleh penghibur tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada sambutan hari ulang tahun ke-34.

“Sehingga kini, Siti masih lagi tercari-cari imej bertudung yang bersesuai dengan penampilannya sebagai penyanyi yang masih lagi aktif di pentas.


Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) Dan Leuniey Natasha Di Hotel The Royale Bintang

Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis tersebut yang bertemakan ala Inggeris dan dihadiri oleh ratusan rakan dan saudara kedua-dua mempelai.

Tak dilupakan jugak pada malam tu kehadiran beberapa nama besar di Malaysia seperti Dato Siti Nurhaliza, Mejar (K) David Teo, Fizo Omar, Danny X-Factor, Kuna & ramai lagi. Malam tu pertamanya pasangan pengantin & para tetamu dihiburkan dengan persembahan kejutan dari Dato Siti Nurhaliza sebelum disambung oleh Dina Nadzir, Hazama & Adibah Noor.

Majlis nie untuk pengetahuan korang dah dihoskan oleh 3 artis kesayangan korang iaitu Heliza Helmy, Tauke (Jambu) & Ah Chong.

Khairul Fahmi dan Leuniey sangat berseri,gambarnya pun begitu cantik dari G.i Photoshoot. Dato Siti Nurhaliza dengan penampilan terbarunya memakai tudung penuh.....Tak puas tengok gambarnya...
Resepsi Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha di Hotel The Royale Bintang,

Perhatian Untuk Kaki Pancing-Kisah Misteri Empangan Teluk Bahang

Empangan Teluk Bahang
Empangan Teluk Bahang yang merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang kekal dengan misteri tersendiri yang semakin membimbangkan apabila ia dikatakan menjadi habitat ikan naga dan toman yang boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama pemancing.

Beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kedua-dua jenis ikan bersaiz gergasi di empangan tersebut yang kini sudah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi kaki pancing.

Jumaat, 11 Januari 2013

Diana Danielle Ditahan di Sydney Dan Farid Kamil Ambil Tindakan Undang-undang

Desas-desus sekarang ini dikatakan Diana Danielle Danny Beeson, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.

“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai perkara itu.

Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.
Diana Danielle dan Farid Kamil di Sydeney semasa berbulan madu

Khamis, 10 Januari 2013

Sinopsis Drama Janji Shirah DiTV3

Akan datang drama bertajuk Janji Shirah akan menemani anda setiap Ahad jam 9 malam di TV3.Pelakon utamanya ialah Nabila Huda ,Iqram Dinzly,Aeril Zafril, Fauzi Nawawi, Zarina dan juga Fasha Sandha.
Poster drama Janji Shirah

4 Gambar Dan Video Kereta Ferrari 360 Spider Terbakar Di Kajang

Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci.

Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah.
Kebakaran Kereta jenis FERRARI

Bayi Maut Disuntik Ubat Kecut Rahim Selepas Dilahirkan

Lagi kecuaian dari pihak hospital. Sepasang suami isteri memfailkan saman atas kecuaian kakitangan hospital swasta di sini, yang didakwa menyuntik ubat mengecutkan rahim sehingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka.

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya, Selangor Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan isterinya, Norehan Abdul Hassan, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah politeknik di Tanjung Malim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam.

Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala.
gambar hiasan

Selasa, 8 Januari 2013

Berita Datuk Seri Najib Razak Kena Strok Tidak Benar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.
 "Saya sihat", kata Najib