Dakwaan kewuju-dan makhluk halus serta kejadian histeria membabitkan siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini yang heboh diperkatakan menerusi laman siber menggemparkan pelajar di situ.
Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ada pihak turut mendakwa berlakunya kejadian pukau dan kehilangan barangan pelajar.
Malah, terdapat beberapa laman blog termasuk yang dipercayai dikendalikan pelajar institusi berkenaan turut memuatkan foto menunjukkan kelibat wanita seolah-olah penari Mak Yong di belakang salah seorang pelajar ketika mengambil gambar.
Cerita berkenaan kini hangat diperbincangkan di laman Twitter menerusi beberapa 'hash tag' yang diwujudkan khas untuk isu berkenaan termasuk #HantuDiUiTMLendu dan #PrayForLendu.
Yang pastinya, dakwaan mengenai makhluk halus berkenaan bukan saja mencetuskan ketakutan lebih 9,000 pelajar di kampus berkenaan, tetapi turut mengakibatkan perdebatan antara mereka yang percaya dan tidak dengan cerita mistik berkenaan
 |
UITM Lendu ,Melaka |