Ahad, 10 Februari 2013

Majlis Pertunangan Dan Gambar Tunang Pierre Andre

Tak banyak yang boleh diperkatakan tentang majlis pertunangan pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre. Ramai yang sudah mengetahui penghijrahan Pierre dengan penampilan terbarunya sekarang yang lebih islamik. Baru-baru ini Pierre Andre telah selamat bertunang dengan gadis pilihan yang berasal dari Johor yang dikenali sebagai Nurhidayah.

Semoga ikatan pertunangan ini sampai ke jinjang pelamin.

Majlis pertunangan Pierre Andre

Sabtu, 2 Februari 2013

Gambar Resepsi Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan Di PWTC


Setelah melangsungkan majlis pernikahan pagi tadi Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan, malam ini pada hari yang sama, berlangsung pula resepsi perkahwinan untuk meraikan pengantin baru ini.

Berkonsepkan 'Old Hollywood Glam', majlis resepsi pengantin baru Liyana Jasmay,25, dan pasangannya Fathuddin Mazlan,29, dalam suasana penuh glamor dan meriah.


Menurut perunding majlis perkahwinan Liyana, Faiz Sabari dari Reka Teemor Sdn. Bhd., konsep tersebut menampilkan elemen klasik Hollywood yang diberi nafas baru atau moden.

Layan...


13 Gambar Majlis Pernikahaan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan

Kira-kira jam 10 pagi tadi, Liyana Jasmay telah pun sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan 2 kali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Seri Pasific dan dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak pengantin.

Liyana Jasmay menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388. Rombongan pengantin lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan. Liyana Jasmay telah mengenakan persalinan pengantin rekaan Jovian Mandagie.

Majlis resepsi mereka akan berlangsung bermula 8.00 malam ini di PWTC.

 Majlis Pernikahaan Liyana Jasmay Dan Fathudin Mazlan   

Gambar Anak Sulong Memey Dan Norman Hakim-Mohamed Darwisz

Memey Suhaiza  selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.55 malam, 1 Februari 2013 di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Gambar Tunang Black Mentor

Selepas sering dikaitkan kontroversi tentang hubungannya dengan wanita, akhirnya penyanyi Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti kini bergelar tunangan orang.

Berita mengenai pertunangannya itu belum dapat dihidu oleh media.

Bagaimanapun, Black ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai majlis pertunangan yang berlangsung pada Sabtu, 26 Januari lepas.

“Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah tunang saya, majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan kerana menghormati permintaan keluarga saya dan keluarga pihak perempuan,” ujarnya.

Black bagaimanapun memberitahu, dia mungkin akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini namun, belum ada tarikh tertentu lagi.

Trend Gigi Taring Berlapis @ Yaeba Kini Melanda Jepun

Siapa ada gigi bertaring. Untunglah, lepas ni jangan malu-malu sebab ada gigi taring. Tak lama lagi akan menjadi trend pulak.

Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

Gigi taring berlapis/yaeba
 Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.
trend gigi taring berlapis/yaeba

Khamis, 31 Januari 2013

Majlis Berinai Liyana Jasmay Bertema Bollywood

Malam tadi, berlangsung majlis berinai Liyana Jasmay sebagai persediaan sebelum majlis pernikahan dan persandingan bersama tunangnya Fathudin Mazlan yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay bertemakan Bollywood di mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri dan para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat dan juga rakan artis.


Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

Liyana Jasmay di majlis berinainya

Rabu, 30 Januari 2013

Drama Kisah Cinta Fazura Dan Shaheizy Sam Di Lestary TV3

Macam-macam tajuk drama yang bakal ditayangkan di TV. Salah satunya disiaran TV3 dalam slot Lestary. Belum lagi habis drama berjudul Cinta Qaseh lakonan Shah Jaszle, Wawa Zainal dan juga Elfaeza Ul Haq.

Bakal  menyusul selepas drama ini adalah sebuah drama yang akan dilakonkan oleh beberapa nama hebat seperti Fazura, Shaheizy Sam, dan Nazim Othman. Judul diberi, ‘Kisah Cinta’ dan akan mula ditayangkan April ini.


Selasa, 29 Januari 2013

Video Pakaian Jennifer Lawrence Terlondeh Di Anugerah SAG

Tidak diragui ia adalah malam kemuncak karier lakonannya. Bagaimanapun, kegembiraan itu hampir bertukar menjadi kejadian yang memalukan bagi Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam.

Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiahnya.

Dia menderita akibat menghidap pneumonia dan bersaing dengan beberapa pelakon ternama Hollywood untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik. Bagaimanapun, Jennifer masih berani untuk memilih pakaian luar biasa untuk majlis berkenaan.

Isnin, 28 Januari 2013

OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (RBDAD) Akasia TV3-Nyanyian Fahrin Ahmad

Satu lagi drama yang dijangkakan akan boom tidak lama lagi. Drama bertajuk Rindu Bertamu Di Abu Dhabi (RBDAD) akan bermula pada 11 Februari 2013 dalam Slot Akasia TV3.

Penerbit drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi(RBDAD) adalah Abang Haji Fadzil Teh daripada Zeel Production. Drama ini dianggarkan berkos hampir 1 juta ringgit dan diharapkan akan menarik minat semua untuk menontonnya.
Fahrin Ahmad menyanyikan lagu tema Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.