Awal pagi ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi wanita oleh pihak polis berhubung kematian suaminya. Berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, namun tidak dinyatakan nama penyanyi terbabit.
Namun, portal berita Mstar membuat laporan susulan dengan mendedahkan penyanyi yang ditangkap itu adalah Nouri selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Nouri diberkas pada awal pagi Rabu bersama dua anak saudaranya dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurut laporan akhbar, penyanyi wanita itu telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati akibat dibelasah dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.
 |
Nouri isteri Khairul Azmi Jaafar |