Rabu, 20 Mac 2013

17 Gambar Aksi Mesra Rozita Che Wan Dan Zain Zaidin Di Majalah Media Hiburan

Gambar mesra Rozita che wan dan Zin Saidin
Sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.

Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.

Isnin, 18 Mac 2013

Sinopsis Drama Bersiri Maskara Terbitan KRU Studios

KRU Studios tampil dengan sebuah drama bersiri terbaru berjudul ‘Maskara’, buah tangan pengarah Nizam Zakaria yang mengangkat empat pelakon wanita berbakat selaku teraju utama. Menjadikan simbolik wanita sebagai nadi utama drama ini, ‘Maskara’ bakal menyingkap kisah empat orang sahabat yang menjalani kehidupan yang berbeza. Mereka saling melengkapi sehinggakan persahabatan yang dibina menjadikan mereka lebih kuat.

Drama bersiri 13 episod "MASKARA" terbitan KRU Studios akan menemui penonton bermula April 2013 pada setiap hari Khamis Pukul 10.00 - 11.00 malam di Tv1. Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah, dll.
Pelakon drama Maskara terbitan KRU

Rabu, 13 Mac 2013

Mudah-Koyak, Salin & Lepas

Ct percaya sekarang ini ramai ibu-ibu susah nak mencari lampin pakai buang/diaper yang betul-betul sesuai untuk di kecil. Walaupun berlambak jenama di pasaran tapi jika tidak sesuai tak boleh juga.

Sekarang ini Ct nak share dengan ibu-ibu yang mempunyai masalah memilih lampin pakai buang/diaper. Anak Ct sekarang berusia 2 tahun. Jadi jumlah air susu yang diminum pun bertambah mengikut umur.Fakhrul sering mengalami kebocoran air kencing menggunakan jenama yang biasa Ct gunakan terutama waktu malam. Fakhrul pasti tak selesa tidur,kerana lampinnya cepat  basah. Jadi Ct kena pastikan lampinnya ditukar untuk Fakhrul tidur lena sehingga ke pagi.


Rabu, 6 Mac 2013

Penyanyi 90an Nouri Disyaki Membunuh Suaminya Khairul Azmi Jaafar

Awal pagi ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi wanita oleh pihak polis berhubung kematian suaminya. Berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, namun tidak dinyatakan nama penyanyi terbabit.

Namun, portal berita Mstar membuat laporan susulan dengan mendedahkan penyanyi yang ditangkap itu adalah Nouri selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Nouri diberkas pada awal pagi Rabu bersama dua anak saudaranya dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut laporan akhbar, penyanyi wanita itu telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati akibat dibelasah dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.
Nouri isteri Khairul Azmi Jaafar

Penyanyi Popular 90an Bertengkar Dengan Suami Hingga Mati

Berita panas hari ini. Suami penyanyi popular 1990 ditemui mati.Siapakah penyanyi itu?Yang pasti mesti saya kenal kalau disebut namanya,sebab tahun 1990 waktu itu zaman saya muda remaja memang suka layan lagu-lagu mendayu-dayu ni.....
gambar hiasan

Khamis, 28 Februari 2013

Gambar-Punca Flyover Runtuh Di Putrajaya 28.2.2013

Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya.
Flyover Runtuh di Putrajaya  sumber
Untuk makluman semua, jambatan tu dibina dan diselenggara oleh PKNS, khabarnya ada berlaku pemendapan tanah.. dan PKNS terpaksa tutup laluan jambatan tu hasil dari perbincangan dengan pihak LLM. Sebelum jambatan tu runtuh, cable TNB yg supply kat kilang Q CELL tu dah hampir nak teputus disebabkan tanah kat area tu mendap lagi lepas repair..hari ni tiba-tiba jambatan tu betul-betul runtuh.Difahamkan juga  tempat itu memang bekas lombong,kebarangkalian pemendapan tanah boleh berlaku sumber

Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.sumber

Hadiah Menarik Di Acara Huggies Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai



Anda inginkan berbagai hadiah menarik?

Jangan terlepas acara roadshow “ Huggies tukarlah untuk lebih senang dipakai” yang diadakan dari 25 Februari 2013 hingga 3 Mac 2013 di Mydin USJ


Rabu, 27 Februari 2013

Lagu Selamat Hari Kita Nyanyian Yusri Untuk Lisa- 1st Wedding Anniversary

Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu

Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.

"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.

Selasa, 26 Februari 2013

Sinopsis Drama Karlos Slot Aksi TV3.

Bila tengok gambar yang di postkan di wall FB TV3 macam best je drama terbaru ni. Ala-ala Juvana pun ada juga rasanya.

Bermula 4 Mac, anda dapat saksikan drama terbaharu, Karlos lakonan Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Elmy Moin, Sherie Merlis, Leez dan ramai lagi. Karya terbaru sutradara Feroz Kader bersama penulis skrip, Sofia J Rhyland.
Karlos TV3

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai Ini.

Setelah pulang bercuti berdua di Singapura baru-baru ini akhirnya  pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42,  membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29. Mengikut perancangan Rozita malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
zain saidin dan rozita che wan berkahwin
Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal nikah