Isnin, 1 April 2013

Gambar Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Anak Eira Syazira Dan Azad

Amarra Sofea Rose puteri sulung Eira Syazira dan Azad Jazmin kini berusia 2 bulan.

Pasangan suami isteri ini, Eira Syazira dan Azad Jazmin telah mengadakan majlis cukur jambul serta aqiqah untuk puteri sulung mereka ahad 31.3.2013.

Sebelum ini Eira memberikan gambar muka baby Amarra tidak nampak berapa jelas,hari ini lihatlah gambar comel Amarra, bulat dan yang paling mahal rambutnya tu...lebat sangat....
 majlis cukur jambul serta aqiqah anak Eira Syazira & Azad

Jumaat, 29 Mac 2013

Ayu Raudhah Dan Irma Hasmie Berkongsi Tarikh Lahir Anak

Hari ini 29 Mac 2013 nampaknya Irma Hasmie dan Ayu Raudhah berkongsi tarikh lahir anak yang sama. Irma Hasmie telah selamat melahirkan anak lelaki pada 8.51 pagi tadi seberat 3.93, manakala Ayu Raudhah pula telah melahirkan anak pada jam 2.17 petang tadi, Zaquan telah berkongsi berita gembira yang isterinya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ayu Raudhah telah melahirkan putera sulungnya ini di Hospital Columbia Asia di Johor.
Ayu raudhah dan Zaquan

Gambar Anak Dan Irma Hasmie Bersalin Secara Pembedahan

Pelakon Irma Hasmie yang melangsungkan pernikahan dengan Redza Syah Azmeer pada July 2012 bakal bergelar ibu dalam masa terdekat ini. Irma yang sarat mengandung 9 kini sedang menunggu kelahiran cahayamata pertama mereka yang dijadualkan pada 29 Mac ini.

 Menurut berita yang diterima Irma Hasmie bakal menjalankan  Caesarean untuk bersalin kerana bimbang kesihatan anak dalam kandungan lemas.

Untuk peminat Irma Hasmie marilah berdoa semoga Irma selamat untuk melahirkan baby yang comel hari ini.

Gambar terbaru Irma Hasmie 

Khamis, 28 Mac 2013

Gambar Anak Lelaki Fasha Sandha Dan Jejai.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu kelahiran anak lelaki pertama Fasha Sandha dan Jejai. Dapat sekeping
gambar ni di FB. Walaupun tak jelas sangat pasti gebu dan comel baby boy itu macam ibunya jugakan?
Hadiah majlis baby shower yang diberikan kepada Fasha Sandha & Jejai
 Sebelum ini pada saat Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram atau Jejai menanti kelahiran cahayamata sulung mereka dengan penuh sabar, sebuah majlis baby shower telah diadakan secara besar-besaran.
Gambar Fasha Sandha sarat mengandung 9 bulan
 Majlis yang bertemakan warna biru putih itu khabarnya diadakan di lokasi rahsia sekitar Damansara dan hanya dihadiri teman rapat, ahli keluarga, rakan selebriti dan media yang diundang bagu meraikan cahaya mata yang dikhabarkan lelaki itu. Katanya, ianya dianjurkan teman baik Fasha sendiri iaitu Murshid.
Ini lah gambar anak lelaki Fasha Sandha & Jejai
Kek majlis baby shower Fasha Sandha dan Jejai
Kandungan Fasha sekarang sudah masuk bulan ke sembilan, dan dijangkakan akan melahirkan anak pertama saya pada hujung Mac atau awal April nanti.

Fasha memilih untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sepanjang enam bulan lalu.

Menegaskan akan berpantang selama 100 hari, menurut Fasha tempoh tersebut penting buat dirinya untuk kembali bersedia ke dunia hiburan.

Sepanjang tempoh berpantang 100 hari itu nanti Fasha akan berada di rumah mamanya dan separuh lagi di rumah Mommy (ibu Jejai) kerana atas permintaan dari suaminya.

Menurut perancangan, Fasha bakal kembali ke dunia lakonan pada awal Julai depan.

Gambar anak Fasha Sndha

Khamis, 21 Mac 2013

Bayi Maut Kena Bilah Helikopter Di Padang Bola Sintetik Pertama Di Malaysia

Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
helikopter kawalan jauh-gambar hiasan

Rabu, 20 Mac 2013

17 Gambar Aksi Mesra Rozita Che Wan Dan Zain Zaidin Di Majalah Media Hiburan

Gambar mesra Rozita che wan dan Zin Saidin
Sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.

Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.

Isnin, 18 Mac 2013

Sinopsis Drama Bersiri Maskara Terbitan KRU Studios

KRU Studios tampil dengan sebuah drama bersiri terbaru berjudul ‘Maskara’, buah tangan pengarah Nizam Zakaria yang mengangkat empat pelakon wanita berbakat selaku teraju utama. Menjadikan simbolik wanita sebagai nadi utama drama ini, ‘Maskara’ bakal menyingkap kisah empat orang sahabat yang menjalani kehidupan yang berbeza. Mereka saling melengkapi sehinggakan persahabatan yang dibina menjadikan mereka lebih kuat.

Drama bersiri 13 episod "MASKARA" terbitan KRU Studios akan menemui penonton bermula April 2013 pada setiap hari Khamis Pukul 10.00 - 11.00 malam di Tv1. Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir, Adrea Abdullah, dll.
Pelakon drama Maskara terbitan KRU

Rabu, 13 Mac 2013

Mudah-Koyak, Salin & Lepas

Ct percaya sekarang ini ramai ibu-ibu susah nak mencari lampin pakai buang/diaper yang betul-betul sesuai untuk di kecil. Walaupun berlambak jenama di pasaran tapi jika tidak sesuai tak boleh juga.

Sekarang ini Ct nak share dengan ibu-ibu yang mempunyai masalah memilih lampin pakai buang/diaper. Anak Ct sekarang berusia 2 tahun. Jadi jumlah air susu yang diminum pun bertambah mengikut umur.Fakhrul sering mengalami kebocoran air kencing menggunakan jenama yang biasa Ct gunakan terutama waktu malam. Fakhrul pasti tak selesa tidur,kerana lampinnya cepat  basah. Jadi Ct kena pastikan lampinnya ditukar untuk Fakhrul tidur lena sehingga ke pagi.


Rabu, 6 Mac 2013

Penyanyi 90an Nouri Disyaki Membunuh Suaminya Khairul Azmi Jaafar

Awal pagi ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penangkapan seorang penyanyi wanita oleh pihak polis berhubung kematian suaminya. Berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, namun tidak dinyatakan nama penyanyi terbabit.

Namun, portal berita Mstar membuat laporan susulan dengan mendedahkan penyanyi yang ditangkap itu adalah Nouri selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.

Nouri diberkas pada awal pagi Rabu bersama dua anak saudaranya dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurut laporan akhbar, penyanyi wanita itu telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun. Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, dipercayai mati akibat dibelasah dalam keadaan kaki dan tangannya terikat.
Nouri isteri Khairul Azmi Jaafar

Penyanyi Popular 90an Bertengkar Dengan Suami Hingga Mati

Berita panas hari ini. Suami penyanyi popular 1990 ditemui mati.Siapakah penyanyi itu?Yang pasti mesti saya kenal kalau disebut namanya,sebab tahun 1990 waktu itu zaman saya muda remaja memang suka layan lagu-lagu mendayu-dayu ni.....
gambar hiasan