Sabtu, 1 Jun 2013

Gambar Majlis Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun. Majlis pertunangan berlangsung pada sebelah malam diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang di adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur.  Mengikut perancangan, Fouziah Gous tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Fouziah Gous dimajlis pertunangannya




Pelamin pertunangan Fouziah Gous

Hantaran pertunangan Fouziah Gouz




Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Rabu, 29 Mei 2013

Gambar & Video Bayi DiBuang Dalam Lubang Tandas Di China

Bomba di China menyelamatkan bayi yang baru lahir dari paip kumbahan.

Pegawai Bomba berkata, bayi itu masih di dalam plasenta, tetapi saraf unbilical dipotong. Penduduk telah memberitahu pegawai bomba mereka boleh mendengar bayi menangis dari dalam paip. Itulah apabila krew menyelamat membuka paip dan paip dibawa ke hospital dengan bayi di dalamnya.

Apabila mereka tiba di hospital mereka membuka paip untuk mencari bayi dan sungguh mengejutkan bahawa bayi itu HIDUP. Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.


Khamis, 16 Mei 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Rosyam Noor, Arniesha Azureen

Pada 12 Mei lalu, pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Noor telah mengadakan majlis pernikahan buat anak perempuannya, Arniesha Azureen bersama jejaka pilihan Hafiz, bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur.

Ryaniez Moments Photography sebagai jurufoto rasmi untuk majlis bersejarah itu.








Ahad, 12 Mei 2013

22 Gambar Terbaru Irma Hasmie DiMajlis Kesyukuran Anaknya

Suka tengok wajah terbaru Irma Hasmie. Sangat ceria,manis dan berseri. Menandakan kebahagiaannya sebagai isteri kepada Redza Syah dan juga ibu kepada Redza Syah Irfhan.

Sabtu 11/5/2013, telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah, bertempat di rumah Ibu Redza di Ampang.


Khamis, 11 April 2013

Hadiah Utama ABPBH 2012 Nissan Fairlady Milik Shaheizy Sam Hilang

Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi tadi di Taman Skudai, Johor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
Hadiah Utama ABPBH 2012 Nissan Fairlady Milik Shaheizy Sam 

Selasa, 9 April 2013

Zatul Mendakwa Dirogol Mohd Mentor 4-Serah Kes Kepada Polis

Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.

Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.

"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.

"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.

Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.

Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.

Isnin, 8 April 2013

Fesyen Artis Dan Keputusan ABPBH 2012

Pastinya fesyen artis di ABPBH adalah yang dinantikan oleh semua. Berbagai fesyen yang kadang-kadang tak dijangka dek akal pun ada.

Mengangkat tema “Ledakan Geometri” kali ini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kembali dengan lebih ramai pencalonan baru dan juga lama.

Diacarakan oleh trio terkemuka Zizan Razak, Fara Fauzana dang juga Johan Raja Lawak antara kelainan yang dibawakan untuk ABPH kali ini.

Ahad, 7 April 2013

5 Gambar Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan

Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti.

Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan.

Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 11.43 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah.
Pemandangan  Bongkah Batu Menghempap Kampung Bukit Kukusan

Jumaat, 5 April 2013

Gambar Majlis Mencukur Rambut Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha

Umum mengetahui, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak sulung pada 29 Mac lalu di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru.

Pasangan ini telah menamakan anak sulung mereka dengan nama Muhammad Aisy Qaiser. Aisy Qaiser telah dilahirkan secara normal dengan berat 2.97 kilogram.

Ayu sedang menjalani tempoh berpantang di Johor Bahru dan dijaga oleh suaminya yang kini mewakili skuad bola sepak Johor. Satu majlis mencukur rambut anaknya telah diadakan.Jom tengok gambar terbaru anak Ayu Raudhah.
Anak Ayu Raudah Dan Zaquan Adha 


 Muhammad Aisy Qaiser bin Zaquan Adha
Gambar dari Instagram Ayu Raudah



Gambar Majlis Cukur Jambul Dan Aqiqah Anak Irma Hasmie

Pelakon Irma Hasmie yang melangsungkan pernikahan dengan Redza Syah Azmeer pada July 2012 telah selamat menerima cahaya mata pertama pada 29 Mac 2013 yang lalu. Satu majlis cukur jambul dan akikah telah diadakan dikediaman mereka. Anak lelaki Irma Hasmie telah diberi nama Redza Syah Irfhan bin Redza Syah Azmeer. Tahniah untuk Irma dan Redza....