Jumaat, 7 Jun 2013

Gambar & Video Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh-Mayat Ditemui

Terkini-Mayat ditemui di runtuhan Jambatan ke-2 P.Pinang 
Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Isnin, 3 Jun 2013

Majlis Resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan Dan Nik Suryani Megat Deraman

Majlis Resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan,28 dan Nik Suryani Megat Deraman,33 diadakan dengan suasanan meriah di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7.Sebelum ini majlis pernikahan mereka telah diadakan di Kuala Terengganu pada 25 Mei lalu.

Antara tetamu vip yang hadir dato mukhriz menteri besar kedah,dato adnan menteri besar pahang,senator ezam,datuk zulkifli nordin,ustaz nasharudin dan ramai lagi.

Majlis resepsi Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Nik Suryani Megat Deraman

Ahad, 2 Jun 2013

Gambar Majlis Persandingan/Resepsi Izzue Islam Dan Awin Nurin

Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi tadi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.

Pada tengaharinya pula satu majllis persandingan telah diadakan.
Acara Memotong kek di majlis resepsi Izzue Islam dan Awin Nurin

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Izzue Islam Dan Awin Nurin

Dengan sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.

Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11

Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran berbalas 9. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.


Gambar Majlis Perkahwinan Izzue Islam (Pelakon Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Penyanyi ahli kumpulan Fourteen yang berusia 23 tahun dan pelakon Izzue Islam pada hari ini telah selamat menjadi suami kepada pengurus peribadinya sendiri, Awin Nurin. Sebelum ini mereka telah mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.
Majlis pernikahan izzue Islam dan Awin Nurin

Sabtu, 1 Jun 2013

Gambar Majlis Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Pelakon Fouziah Gous, 30, akhirnya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Md Zhafran Md Yusof pada 1 Jun. Majlis pertunangan berlangsung pada sebelah malam diadakan secara sederhana untuk keluarga kedua-dua belah pihak yang di adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur.  Mengikut perancangan, Fouziah Gous tidak mahu bercinta lama dengan kekasihnya itu lalu memilih September ini untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Fouziah Gous dimajlis pertunangannya




Pelamin pertunangan Fouziah Gous

Hantaran pertunangan Fouziah Gouz




Pertunangan Fouziah Gous Dan Md zhafran Md Yusof

Rabu, 29 Mei 2013

Gambar & Video Bayi DiBuang Dalam Lubang Tandas Di China

Bomba di China menyelamatkan bayi yang baru lahir dari paip kumbahan.

Pegawai Bomba berkata, bayi itu masih di dalam plasenta, tetapi saraf unbilical dipotong. Penduduk telah memberitahu pegawai bomba mereka boleh mendengar bayi menangis dari dalam paip. Itulah apabila krew menyelamat membuka paip dan paip dibawa ke hospital dengan bayi di dalamnya.

Apabila mereka tiba di hospital mereka membuka paip untuk mencari bayi dan sungguh mengejutkan bahawa bayi itu HIDUP. Bayi itu berada dalam keadaan yang stabil.


Khamis, 16 Mei 2013

Gambar Majlis Perkahwinan Anak Rosyam Noor, Arniesha Azureen

Pada 12 Mei lalu, pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Noor telah mengadakan majlis pernikahan buat anak perempuannya, Arniesha Azureen bersama jejaka pilihan Hafiz, bertempat di Felda Villa, Kuala Lumpur.

Ryaniez Moments Photography sebagai jurufoto rasmi untuk majlis bersejarah itu.








Ahad, 12 Mei 2013

22 Gambar Terbaru Irma Hasmie DiMajlis Kesyukuran Anaknya

Suka tengok wajah terbaru Irma Hasmie. Sangat ceria,manis dan berseri. Menandakan kebahagiaannya sebagai isteri kepada Redza Syah dan juga ibu kepada Redza Syah Irfhan.

Sabtu 11/5/2013, telah berlangsungnya Majlis Kesyukuran anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah, bertempat di rumah Ibu Redza di Ampang.


Khamis, 11 April 2013

Hadiah Utama ABPBH 2012 Nissan Fairlady Milik Shaheizy Sam Hilang

Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi tadi di Taman Skudai, Johor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
Hadiah Utama ABPBH 2012 Nissan Fairlady Milik Shaheizy Sam