Isnin, 29 Julai 2013

Tangan Pelakon Shukri Yahaya Kena Tikam Dalam Menjinak Ombak

Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon, Shukri Yahaya apabila dia tertikam tangannya sendiri ketika menjalani penggambaran drama 'Menjinak Ombak'.Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 petang.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan megikatnya ke tangan saya," ujar Shukri yang terus dibawa ke Hospital Selayang.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Jumaat, 26 Julai 2013

3 Gambar Buaya Besar Tersangkut Di Tepi Sungai Kg Bukit Belimbing

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

buaya gergasi di sungai bukit belimbing

Rabu, 24 Julai 2013

5 Gambar Comel Anak Kate Middleton Dan Putera William

Ada 5 gambar comel anak Kate dan William. Isteri pewaris ketiga takhta Britain, Kate Middleton selamat melahirkan anak lelaki  dan diumumkan sebagai pewaris keempat takhta negara ini.

Duchess of Cambridge itu selamat melahirkan bayi tersebut kira-kira pukul 4.24 petang waktu tempatan (11.24 malam waktu Malaysia).

Kensington Palace mengumumkan kelahiran tersebut empat jam selepas Middleton, 31, selamat melahirkan anak pertamanya.

Anak kate dan William

Ahad, 21 Julai 2013

Gambar Majlis Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan Ashraf Muslim, 32 dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Khamis, 18 Julai 2013

Produk Guna Ayat Al-Quran Dapat Sambutan

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan penjualan produk-produk yang menggunakan ayat Quran kerana ada pihak yang memperalatkannya untuk melariskan perniagaan.

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud mengakui ada pihak yang memperalatkan Al-Quran dengan niat untuk melariskan produk yang mereka hasilkan.

"Ini berlaku kerana zaman sekarang minat orang terhadap agama Islam makin tinggi jadi apa saja kalau disebut ada khasiat kerana ada dalam Quran maka ramai yang percaya tanpa siasat terlebih dahulu," kata mudir program Imam Muda itu.

Beliau menasihatkan umat Islam di negara ini mempelajari ilmu-ilmu tentang rawatan Islam supaya tidak mudah tertipu dengan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka yang memperalatkan Quran.

"Hati-hati, jangan mudah terima dan percaya apa saja yang kononnya ada khasiat Quran kerana ia tak semestinya asli," tambah beliau.

Air Terapi Al-Khodafi
Hassan mengulas kewujudan produk minuman yang dijual di pasaran dengan strategi pemasaran mengaitkan produk berkenaan dengan Al-Quran termasuk minuman karbonat berperisa yang didakwa tekah dibaca dengan 30 juzuk Al-Quran.

Isnin, 15 Julai 2013

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi Dan Mohd Eddie

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Mohd Eddie Ghazali di kediamannya di Ampang, Selangor, petang tadi

Majlis pertunangan bermula jam 6 petang diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.

Raja Azmi dimajlis pertunangannya dengan Eddie

Isnin, 24 Jun 2013

Sinopsis Drama Ummi TV3

Poster drama Ummi di TV3

Selepas program realiti hiburan Bintang Mencari Bintang, TV3 akan mempersembahkan sebuah drama bersiri 13 episod,Ummi yang diarahkan oleh Faisal Ishak pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.00 malam mulai 30 Jun 2013. Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd ini merupakan hasil garapan skrip oleh Amrul Hadi dan Umie Isa telah mengetengahkan Datin Paduka Umie Aida (Ummi) serta pelakon-pelakon cilik seperti Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) sebagai tunggak utama.
Pelakon utama drama Ummi di TV3

Ahad, 23 Jun 2013

Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Nurhidayah

PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini.

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.

Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak.

2 Gambar Parti Mandi Buih Diserbu

Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.
Parti mandi buih 
 Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.

Ahad, 16 Jun 2013

Yana Samsudin Punya Deria ke-6 Alami Perkara Pelik Dalam Hidup

Siapa sangka di sebalik keramahan dan senyum manis, hati Yana Samsudin gundah gulana. Sudah lama dia me­ngalami pengalaman pelik dan sering berteka-teki apa sebenarnya yang menghantui dirinya.

Tidak tahu apa puncanya, pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi yang mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.