Selasa, 20 Ogos 2013

Adi Putra Sakit Akan Dibedah Hari Ini

Pagi semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.



Sinopsis Drama Diandra-Lestary TV3

Menggantikan 'Kisah Cinta', jangan lepaskan peluang menyaksikan drama romantik komedi, ‘Diandra’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini mengisahkan Diandra (Nur Fathia) yang merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.
Drama Diandra-Aiman Hakim Ridza dan  Nur Fathia

Khamis, 15 Ogos 2013

Lelaki belasah isteri: Wanita Mahu Dakwa Suami

Wanita yang dibelasah suaminya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, di sini, Isnin lalu mengakui sudah tawar hati terhadap pasangannya itu.

“Saya sudah tiada perasaan lagi terhadapnya apatah lagi selepas dipukul. Saya dah tawar hati sebab itu saya tidak menangis ketika pukul,” katanya.

Wanita berusia 36 tahun itu mendedahkan selepas video dia dipukul seorang lelaki dalam Youtube, mendapat reaksi pelbagai pihak, semalam.

Selasa, 13 Ogos 2013

Sinopsis Drama Cinta Jannah Akasia TV3

Drama terbaru di slot Akasia TV3 'Cinta Jannah' menggantikan 'Demi Dia'. Menampilkan Aeril Zafril dan Nellydia Senrose. Pasti peminat Aeril Zafril tak sabar melihat lakonannya memandangkan sudah lama juga Aeril tidak muncul di TV.

Ahad, 4 Ogos 2013

Danone Dumex Tarik Balik Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac

Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.

Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.

Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai 'whey protein concentrate' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Isnin, 29 Julai 2013

Tangan Pelakon Shukri Yahaya Kena Tikam Dalam Menjinak Ombak

Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon, Shukri Yahaya apabila dia tertikam tangannya sendiri ketika menjalani penggambaran drama 'Menjinak Ombak'.Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5 petang.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan megikatnya ke tangan saya," ujar Shukri yang terus dibawa ke Hospital Selayang.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Jumaat, 26 Julai 2013

3 Gambar Buaya Besar Tersangkut Di Tepi Sungai Kg Bukit Belimbing

Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.

buaya gergasi di sungai bukit belimbing

Rabu, 24 Julai 2013

5 Gambar Comel Anak Kate Middleton Dan Putera William

Ada 5 gambar comel anak Kate dan William. Isteri pewaris ketiga takhta Britain, Kate Middleton selamat melahirkan anak lelaki  dan diumumkan sebagai pewaris keempat takhta negara ini.

Duchess of Cambridge itu selamat melahirkan bayi tersebut kira-kira pukul 4.24 petang waktu tempatan (11.24 malam waktu Malaysia).

Kensington Palace mengumumkan kelahiran tersebut empat jam selepas Middleton, 31, selamat melahirkan anak pertamanya.

Anak kate dan William

Ahad, 21 Julai 2013

Gambar Majlis Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah

Meskipun dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan Ashraf Muslim, 32 dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Khamis, 18 Julai 2013

Produk Guna Ayat Al-Quran Dapat Sambutan

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan penjualan produk-produk yang menggunakan ayat Quran kerana ada pihak yang memperalatkannya untuk melariskan perniagaan.

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud mengakui ada pihak yang memperalatkan Al-Quran dengan niat untuk melariskan produk yang mereka hasilkan.

"Ini berlaku kerana zaman sekarang minat orang terhadap agama Islam makin tinggi jadi apa saja kalau disebut ada khasiat kerana ada dalam Quran maka ramai yang percaya tanpa siasat terlebih dahulu," kata mudir program Imam Muda itu.

Beliau menasihatkan umat Islam di negara ini mempelajari ilmu-ilmu tentang rawatan Islam supaya tidak mudah tertipu dengan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka yang memperalatkan Quran.

"Hati-hati, jangan mudah terima dan percaya apa saja yang kononnya ada khasiat Quran kerana ia tak semestinya asli," tambah beliau.

Air Terapi Al-Khodafi
Hassan mengulas kewujudan produk minuman yang dijual di pasaran dengan strategi pemasaran mengaitkan produk berkenaan dengan Al-Quran termasuk minuman karbonat berperisa yang didakwa tekah dibaca dengan 30 juzuk Al-Quran.