Ahad, 22 April 2012

Budak Lelaki Tercekik- Ikan Puyu Melompat Ke Dalam Mulut

Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.
 

(4 Gambar) Pelajar Upsi Tahun Tiga Mati Terjun Bangunan

Pelajar Perempuan Upsi terjun bangunan tingkat empat
Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Sabtu, 21 April 2012

Bob Kuman Ucapkan Tahniah Kepada Penyebar Kononnya Dia Sudah Meninggal Dunia

Gambar Terbaru Bob Kuman
Pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.

Gambar & Video-127 Maut Pesawat Terhempas Di Pakistan

Pesawat penumpang Boeing 737-200 milik Bhoja Airline terhempas ketika cuaca buruk dekat markas tentera udara Chaklala tidak jauh dari ibu negara, Islamabad, menyebabkan 127 orang terbunuh.

Kawasan kemalangan juga beberapa kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, kata Menteri Pertahanan, Chaudhry Ahmed Mukhar yang mengesahkan peluang tipis untuk penumpang terselamat. 

Mati Akibat Minum COKE 8 Liter Setiap Hari

Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.

Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.


Toyol Betina Boleh Mencuri Ribuan Ringgit

Sebenarnya apa jantina Toyol? Adakah Toyol semuanya Jantan? Tapi di Subang Jaya Toyol Betina telah ditangkap. Toyol Betina yang dimaksudkan ialah seorang gadis sunti yang pandai mencuri apa saja walaupun umurnya baru 14 tahun

Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Jumaat, 20 April 2012

Shafie Apdal Diberi Seminggu Beri Penjelasan Isu Skandal Dengan Zahida Rafik

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.
Zahida Rafik & Shafie Apdal ada skandal

Zahida Rafik Jawab Isu Skandalnya di Twitter

Ekoran pendedahan skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal terbongkar, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya. Twitter zahida rafik sesak dengan pelbagai soalan yang bertanyakan perkembangan skandal tersebut. Ada soalan baik-baik, ada juga yang terus terjah melulu, ada juga yang serkap jarang, ada yang terus provoke. 

Tempat Pemujaan-Roh Tujuh Beranak Mati Di Bunuh Diseru

Rumah yang pernah dihuni tujuh beranak yang kemudiannya mati serentak akibat dibunuh 11 tahun lalu, kini menjadi tumpuan kaki judi yang menjadikan premis di Johor Jaya di sini itu sebagai pusat pemujaan bagi mendapat nombor ekor.

Hijabista Majalah Pertama Fesyen Bertudung @ Berhijab

 Hijabista-Majalah pertama bagi mereka yang bertudung.
HIJABISTA, produk terbaru dalam siri terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Kini berada di pasaran  majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. 

Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini, kata Editornya, Nursuziana Zulkifli.