Jumaat, 9 November 2012

Gambar Fesyen Dan Gaya Artis Di Karpet Merah Anugerah Skrin 2012-TV3

Sekarang ini sedang berlangsungnya Anugerah Skrin 2012. Seperti biasa ramai yang menunggu keputusannya dan yang lebih ramai hendak tengok adalah fesyen yang berwarna-warni dan pelik-pelik yang di pakai oleh selebriti.

Dibawah adalah sebahagian artis yang hadir di Majlis Anugerah Skrin 2012. Kita tengok fesyen siapa yang anggun,kelakar dan pelik.

 Fesyen dan Gaya Scha & awal di Anugerah Skrin 201
 Fesyen dan Gaya Fauziah Gous di Anugerah Skrin 2012
Fesyen dan Gaya Nora Danish di Anugerah Skrin 2012  
 Fesyen dan Gaya Izara Aishah di Anugerah Skrin 2012
Fesyen dan Gaya shahrizal jazsle di Anugerah Skrin 201
Fesyen dan Gaya Rozita Che Wan di Anugerah Skrin 2012 
Fesyen dan Gaya Siti Saleha di Anugerah Skrin 2012
Fesyen dan Gaya pelik Didie Alias di Anugerah Skrin 2012
Fesyen dan Gaya artis di Anugerah Skrin 2012
Fesyen dan Gaya Neelofa di Anugerah Skrin 2012 
 Fesyen dan Gaya Nora Danish di Anugerah Skrin 2012
 Fesyen dan Gaya Ana Dahlia di Anugerah Skrin 2012
 Fesyen dan Gaya Nabila Huda di Anugerah Skrin 2012
Add caption

Khamis, 8 November 2012

Gambar Hantu Berjaya Dirakam di Hospital Melaka

 Imej seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit 
oleh seorang jururawat  di sebuah hospital swasta di Melaka baru-baru ini.
Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Dengan Ana Dahllia.

Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.
Chef Riz dan Ana Dahlia suda bercerai

Rabu, 7 November 2012

Sinopsis Cinta itu Milikku-Drama Bersiri Slot Akasia TV3

Drama Cinta Itu Milikku sebanyak 24 episod terbitan Orangetree Production akan mula disiarkan pada 12 November ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Ery Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Sherry Merlis dan Liza Abdullah.
Pelakon utama drama bersiri slot Akasia Cinta itu milikku

Isnin, 5 November 2012

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Hantaran perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle-Mini motosikal
Pada majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle, DD telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas dari suami tercinta. Barang hantaran dari pihak lelaki pula sebanyak 5 dulang dan dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan. Yang uniknya, motosikal mini jenama Kawasaki menjadi antara barang hantaran antara kedua-dua belah pihak.
 Hantaran perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle-manisan

Sabtu, 3 November 2012

Gambar Majlis Pernikahan Diana Danielle Dan Farid Kamil Di Hotel Flaminggo

Gambar romantik Farid Kamil & Diana Danielle di pernikahan mereka
Diana Danielle Danny Beeson, 21 dan Farid Kamil telah selamat menjadi suami isteri di majlis pernikahan mereka yang berlangsung lebih kurang pukul 9.12 pagi ( 3 november 2012 ) tadi. Majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Daniella telah diadakan di taman Hotel Flaminggo.

Dimajlis itu Diana Danielle menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas serta menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.
 Diana Danielle dan Farid Kamil dimajlis pernikahan mereka

Khamis, 1 November 2012

Terkini Status Liyana Jasmay- Tidak Dapat Dihubungi Di NYC Akibat Taufan Sandy.

 Ramai peminat yang tertanya-tanya perkembangan terkini artis Malaysia yang berada di New York Amerika Syarikat seperti Juliana Evans dan Liyana Jasmay. Ini status terkini salah seorang dari mereka.

Usaha untuk menghubungi pelakon terkenal, Liyana Jasmay  itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya itu terputus bekalan elektrik sejak Isnin lalu. Sebelum itu Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy.

Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York. 
Liyana Jasmay di NYC

Rabu, 31 Oktober 2012

Pengakuan Chef Riz- Perkahwinan Dengan Ana Dahlia Bergolak

Chef Riz dan Ana Dahlia dimajlis perkahwinan mereka

Chef selebriti, Chef Riz mengakui perkahwinannya dengan aktres jelita, Ana Dahlia yang belum sampai setahun kini bergolak.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, anak kepada Chef Wan itu bagaimanapun enggan memberi pengesahan lanjut tentang dakwaan mereka berdua telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor baru-baru ini.

"Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

"Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Chef Riz, beliau sebaik-baiknya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai kisah rumah tangga mereka kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan.



Selasa, 30 Oktober 2012

Majlis Cukur Jambul Dan Gambar Terkini Tengku Cleopatra Haidar

Anak kedua pasangan selebriti Que Haidar, 33, dan Linda Jasmine, Tengku Cleopatra Haidar telah mencapai usia 6 bulan dan majlis cukur jambul telah diadakan pada Ahad lepas serta untuk menyambut hari jadi ketiga anak pertama mereka, Tengku Ratu Haidar. Turut kelihatan anak sulung Linda iaitu Qalif Khan hasil perkahwinan pertamanya.
Majlis cukur jambul Tengku Cleopatra Haidar

Isnin, 29 Oktober 2012

Myjodoh.net- Awas! Perangkap Kasanova

Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.