Sabtu, 4 Oktober 2014

Kenapa Anda Perlu Beli Barangan Handmade


Terima kasih kepada pengunjung blog ct N honey yang memberi sokongan terhadap produk handmade saya. Banyak yang menghantar email juga pertanyaan di page. Sokongan anda semua memberi semangat untuk saya menghasilkan lagi banyak design terbaru dimasa akan datang. Itu memberi tanda yang sebenarnya ramai diluar sana yang berminat dengan barangan handmade ini.

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa seseorang itu membeli barangan handmade atau buatan tangan ini. Juga kepada pembuat barangan tangan, anda sepatutnya berbangga kerana dapat menghasilkan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan.

Walaupun begitu masih ramai yang diluar sana berpendapat barangan handmade ini mahal harganya jika di bandingkan dengan harga barangan di pasaran. Masih ada yang mempertikaikan kebolehan pembuat barangan handmade ini. Tidak kurang juga yang pandai-pandai meletakkan harga sendiri dengan alasan setakat kain dan benang apalah sangat harganya tanpa mengira kos yang lain. Sebagai seorang pembuat barangan handmade saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit info yang saya kumpulkan dari pendapat 'crafter' juga dari pembeli. Mari kita berkongsi sebab-sebab itu dibawah...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Multi Purpose Purse Handmade ct N honey

Lama pula rasanya merehatkan diri dari menjahit dan bercerita di blog ni. Sebenarnya selama 2 minggu saya telah mengalami demam panas,batuk dan selsema. Seksa rasanya badan. Jumpa 3 doktor, makan berbiji-biji ubat....nasib baik bila ambil ujian darah tak kena demam denggi.

Sekarang ni tinggal sesekali batuk sahaja. Alhamdulillah dapat sambut Hari Raya Haji dengan badan yang sihat.

Tak ada apa yang nak di share dengan rakan-rakan semua. Maklumlah 2 minggu badan tak sihat,nak pandang mesin jahit pun tak ada mood.

Ini pun hasil yang saya buat semasa bersantai-santai setelah menyiapkan tempahan pelanggan sebelum demam.

 Multi Purpose Purse Handmade ct N honey

Khamis, 25 September 2014

Menjual Heavy Cotton Untuk Langsir,Beg & Craft

Corak heavy cotton berbagai motif

Untuk info kain heavy cotton agak tebal. Kerana ketebalannya itu kain heavy cotton amat sesuai untuk di buat langsir. Ada berbagai corak boleh di pilih mengikut tema rumah anda. Sudah semestinya tema vintage sangat digemari ramai.