Ini sambungan tutorial beg jeans mama ranggi(1).Jadi sesiapa yang ketinggalan tutorialnya silalah
klik disini dan bolehlah teruskan mengikuti tutorial (2).Kita mulakan.
CARA UNTUK MENCANTUMKAN BAHAGIAN A DAN B
|
Terbalikkan beg separuh siap tadi.Ambil seluar jeans yang
telah dipotong bawahnya.Selalunya Ct akan potong dibawah
poket seluar belakang. |
|
Contoh had yang sepatutnya dipotong untuk membuat beg.Jika mahukan beg menjadi panjang bolehlah digunting lebih lagi dari bawah poket |
|
Untuk bahagian yang lagi satu pula hendaklah dilipat rujuk ( gambar No 2) dan dijahit lurus juga. |
|
Tali beg yang dah siap.Ct terpaksa membuat sambungan kain sebab tak cukup panjang. |
|
Pasangkan tali didalam beg.Ukuran untuk jaraknya kena adjust sendirilah ye. |
BAHAGIAN DALAM BEG (D)
|
Potong 2 helai kain mengikut saiz beg (lebihkan sebanyak 2'dibahagian atas dan juga untuk bahagian yang hendak dijahit nanti) dan dijahit lurus di sebelah kiri,kanan dan bawah seperti gambar diatas. |
|
Jahit dikedua-dua bucunya sama seperti kita membuat beg jeans. |
|
Gunting lebihan kain |
|
Lipatkan bahagian atas kedalam sebanyak 2'.Sterika lipatan tersebut supaya senang bila menjahit nanti. |
|
Masukkan kain kedalam beg (bahagian yang dilipat tadi kedalam).Sematkan peniti supaya senang menjahit dan pastikan lebihan tali beg tidak nampak.Mula menjahit dengan perlahan supaya jarum mesin jahit tidak patah.Kalau yang mesin mahal memang tak ada masaalah tapi bagi Ct yang mesin jahit antik ni,entah berapa batang jarum patah nak siapkan satu beg jeans.Jika mahu jahitan kemas,ikut sahaja jahitan asal seluar jeans.Anda boleh ikut jahitan asalnya dibahagian atas atau bawah pinggang.Lihat gambar dibawah.
Gambar menunjukkan jahitan asal bahagian pinggang seluar jeans
|
|
Jika mahukan lebih menarik anda bolehlah meletakkan bunga,reben dll.Untuk membuat bunga ini Ct dapat tutorialnya dari ADR'S Treasures |
|
Siap sudah beg jeans mama ranggi.Jika ada yang tak faham mengenai tutorial ini beritahulah Ct,mungkin ada penerangan yang diberikan susah nak faham.Maklumlah ini kali pertama Ct buat tutorial mengenai jahitan.Diharapkan anda semua bolehlah mencuba dan bila dah siap nanti bolehlah share gambar,kalau boleh, buatlah yang lagi cantik dari beg Ct ni.Sekian. |
Share tutorial ini dengan rakan-rakan yang mungkin berminat.
16 ulasan:
adeii mesin meragam kalu tk boleh buat ni
@bee
ct pun guna mesin jahit antik ge Pbee...
kalau banyak seluar jeans tak pakai bole try nii... tp takde ler.. beli kat bundle ok kut hahaha..
@Mila@Rimbun
ct mmg byk seluar jeans yg tak pakai,anak semua lelaki.
Rajin ct buat tutorial. Mesin jahit kecik Yati macam tak boleh je jahit jeans. Felt tebal pun dah merangkak. Huhu...
rupa-rupanya susah jugak nak buat tutorial ni,seharian nak buat entry.mesin ct pun sama,tapi lanyak je....
thanks ct atas tutorial yg mudah di fahami..klu ada yg lain leh lah kongsi2 lagik yea....
@yus
mmg itu yg ct harapkan tutorial ini mudah difahami,bolehlah cuba buat ye,nanti boleh tunjukkan gambarnya.
Salam kenal ct ...bila tengok bag ct ingat bag jeans masa pergi ke padang besar ...cantik juga siap ambil gambar konon nak tiru tapi sampai la tak buat lagi ...hahahh-jenguk la blog saya ada saya masukkan gambar ...hehehe
Ct idea yang bagus.. sekarang nie pun saya tengak buat craft dari jean terpakai.. nanti kita share pic ek..:)
@Azah
ok ct tunggu....nanti dah siap btahu ye..
tutorial yg sangat menarik dan mudah diikuti..saye ad jahit gak beg jeans..yg jenis macamni lum try lg.. http://prettyiz.blogspot.com/2012/07/jeans-pocket-bag.html
Cantik....nnti akak nak try...tapi x tahu bila ..hu
He bat.blh saye tau kat mne nk bli aksesori bag mcm d ring n laen2
Cantik! Saya minat buat beg recyle dari seluar jeans. Terbaru saya buat: backpack
Beslah bila jahit sendiri kan...mahal tau beg jeans ni...
Catat Ulasan