Untuk beg jeans kali ini,Ct dapat tempahan dari biras untuk mamanya.Memandangkan ini kali yang 5 Ct buat beg dari kain jeans jadi Ct naklah berkongsi tutorialnya dengan anda semua.Belumlah pandai sangat lagi tapi diharap tutorial ini dapatlah membantu sesiapa yang tak ada idea bagaimana nak buat dengan seluar jeans yang sudah tak muat ataupun yang dah koyak,(terutama dibahagian lutut).OK mari kita mulakan.Tutorial ini ada 4 bahagian (A,B,C,D).Kita mulakan dulu dengan bahagian B.
Bahagian D untuk bahagian dalam
|
BAHAGIAN B
Dapatkan 2 warna kain jeans.1 warna boleh diambil dari
lebihan seluar jeans yang kita buat beg ini iaitu dibahagian
kaki.Potong dengan ukuran 3x3'.Jumlahnya bergantung kelebaran beg.Untuk beg Ct,16 kpg berwarna gelap,16 kpg berwarna terang.
|
Dijahit bersama.Mesti dapat 16 kpg
|
Selepas itu dijahit pula seperti gambar diatas
|
Untuk lebih jelas,inilah hasilnya setelah dicantum dan dijahit.
|
Potong kain berwarna gelap berukuran 5' panjang dan lebarnya mengikut ukuran kain yang dicantumkan tadi
|
Cantumkan kain seperti gambar diatas
|
Lipat kain sama panjang dan jahit lurus dikiri kanannya |
Beg yang separuh siap selepas dijahit kiri dan kanan tepinya
|
Jahit pula dikedua-dua bucu beg anggaran 2' |
Lebihan kainnya hendaklah digunting.
|
Untuk melihat koleksi hasil kerja tangan saya sudi-sudikan lah ke Handmade Bag / Craft ctNHoney
Untuk sambungan Tutorial sila ke Tutorial- beg jeans mama ranggi(2)
UPDATE: 11/12/2023
Kelas offline - hadir di seremban
Kelas offline - hadir di seremban
4 ulasan:
Ct,
cantik pattern bawah bag tu. Macam corak dam. Suka! :)
thank you,...
comeynyer...bee suka tapi mesin meragam tk leh nk iktu ler...tunggu bee kayo beli mesin aplle heee
cantiknya kak! macam2 jadi kalau kreatif bab jahit menjahit ni kan kak. tapi....izan mmg keras tangan bab2 gini~
Catat Ulasan