Ahad, 22 Mei 2011

Anak tunggal biasanya nakal.



Anak tunggal sukar bergaul dengan orang lain dan biasanya nakal. Ramai berpendapat anak tunggal sukar bergaul dengan orang lain kerana mereka tidak berinteraksi dengan adik beradik dan kurang bergaul. Kajian pula mengatakan, sungguh pun mereka tidak berpeluang berinteraksi di rumah, mereka boleh bergaul disekolah dan dengan saudara mara. Bersama orang dewasa sepanjang masa mengajar anak tunggal peraturan dan tertib perhubungan sosial. Anak tunggal kerap terdedah kepada perbualan antara ibu bapa dengan orang dewasa yang lain dan pendedahan ini membolehkan anak tunggal belajar tentang adab dan mudah bergaul dengan orang lain. Apabila bergaul dengan rakan sebaya dia membawa segala pengetahuan dan kemahiran yang ada padanya dan ini membuat anak tunggal popular dikalangan kanak-kanak lain. kebolehan  bertutur  juga jauh lebih baik daripada rakan-rakan sebaya dan menjadikan mereka bijak bercakap dan yakin dengan diri sendiri.


Ibu bapa yang mempunyai anak tunggal juga lebih berhati-hati dalam mendidik anak kerana sedar akan salah tanggap terhadap anak tunggal.



Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan kedudukan dalam keluarga dengan perwatakan. Ibu bapa tidak sepatutnya membuat kesimpulan terburu-buru tentang kebolehan anak berdasarkan kedudukannya. Mereka mesti cuba memahami perangai anak.Sila baca entry sebelum ini mengenai  

Tiada ulasan: