Selasa, 28 Jun 2011

Juvana Episod 11 terungkai segala cerita.


Drama Juvana ialah sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Tentu ramai peminat Drama Juvana tak sabar nak tengok Episod 11 minggu depan. Buat pengetahuan semua Drama Juvana ini hanya ada 3 episod aje lagi.
Menariknya episod 11 minggu hadapan adakah terungkai kisah Daim & Kedah? Siapakah sebenarnya Kedah yang merupakan seorang anak jalanan yang tersalah langkah dalam pilihan hidup sehingga masuk ke dalam sekolah Wira Bakti. Adakah dia saksi kejadian ataupun dia sendiri yang membunuh emak Daim? Tunggu.....cerita-mengenai-Apek, ayam dan Botak yang anda tak tahu

Walaupun ramai yang mempertikaikan Drama Juvana ini kerana mengajar remaja kearah perkara yang kurang baik seperti kes buli namun banyak sebenarnya pengajaran dari keseluruhan cerita ini seperti:

1. Jika anda seorang guru - pandanglah anak murid itu sebagai pemimpin akan datang yang mampu beroleh kejayaan walau bagaimanapun keadaan mereka ketika itu.

2. Jika anda ibubapa - jangan putus asa dalam setiap perangai buruk anak anda. didiklah mereka dengan sabar, dan letakkan harapan yang tinggi pada diri mereka.

3. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang bermasalah. Jangan sesekali merendahkan mereka. Beri mereka harapan, doakan yang terbaik utk mereka.

4. Jika anda seorang yang ingin berubah, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Lihat contoh baik pada orang sekeliling, letakkan niat utk membuat perubahan pada diri sendiri. Jangan sesekali takut untuk bercita-cita, risau utk berdoa jadi begitu, jadi begini. Sentiasa bersangka baik dengan doa dan teruskan kuat berusaha.

Kesimpulannya: berfikiran positif, letakkan harapan tinggi untuk sesuatu keburukan berubah menjadi kebaikan, jangan menjadi orang yang menghalang orang lain daripada berubah, dan perkuatkanlah doa kepada Allah.

Siapa yang memegang watak Kedah dalam Drama Juvana?


NAMA : Shafimie Saedon (FIMIE DON)
TARIKH LAHIR : 13/2/1998
UMUR : 13 Tahun (2011)
CITA-CITA : Pelakon/Pengacara & Pengarah yang berjaya
HOBI : Membaca, Bermain game & Melayari Internet
PENGALAMAN : Melebihi 50 Buah Drama TV & 5 Filem
KEJAYAAN TERBESAR : Memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) dalam filem Magika

7 ulasan:

Mrs.Yie berkata...

x pernah tengok cerita ni.. :)

Hans berkata...

cerita nih saya ahu sebelum tayang dkt tv dan xpernah ketinggalan menontonnya
:-)

Juvana Episod 10

SYaMiLa berkata...

pernah tgk sekali je...mmg best jalan cerita ni kan...betul tu..tgk dari sudut positif...byk yg dpt diambil iktibar

Yati berkata...

Tak ikut cerita ni. Kadang tengok, kadang miss. Tapi rasanya, cerita ni ok.

Jendela Hati berkata...

sy emang tak berkesempatan nak tgk ct. ada jgk dgr komen kwn opis kata ok ada pengajaran tapi ada kata watak dlm tu semua kasar dan keras, jd ikuti bdk kecil...

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
ct pun tgk sbb anak2 tgk,jadi bolehlah terangkan mana elok dan mana yg x boleh ikut...

QaRr JaliL berkata...

sokong dgn pengajaran 2...:)
drama ni lain dari yang lain..
seronok tgk :)

newpost :5 youtubers pilihan qarr

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/