Rabu, 15 Jun 2011

Pertukaran Susu Untuk Membesar 1 tahun keatas PERCUMA





Ct tertarik nak share dengan semua mengenai program ini kerana semenjak anak Ct no 3 hinggalah sekarang (no5), minum susu Dutch Lady. Harganya tak de lah mahal sangat, berpatutan lah dengan gaji Hubby sekarang ni. Anak kawan-kawan minum susu apa? Kalau nak cuba rasa susu Dutch Lady marilah sertai  program pertukaran Susu Untuk Membesar Dutch Lady. Sebelum tu baca dulu syarat-syaratnya.

Hendak kuruskan badan sambil menang ipad pada bulan Jun ini? Cepat!!


Terma & Syarat Promosi
1.Program pertukaran Susu Untuk Membesar Dutch Lady ini hanya bagi produk Jenama X (iaitu jenama-jenama lain untuk 1 tahun keatas) yang melebihi 350g sahaja.

2.Pek Jenama X yang melebihi 350g samada masih berisi atau kosong akan diterima untuk program pertukaran ini.

3.Pertukaran kepada pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady 650g terbuka kepada pilihan pengguna untuk produk-produk Ducth Lady 123, Ducth Lady 456, Ducth Lady 6+ (tertakluk kepada stok dan perisa yang masih ada). Program ini tidak melibatkan produk jenama Ducth Lady yang lain.

4.Setiap keluarga hanya boleh membuat pertukaran untuk 1 pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady. Bagi pertukaran kepada Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, pengguna akan diberi pek 650g. Bagi pertukaran kepada Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+, pengguna akan diberi pek 1kg.

5.Setiap pertukaran memerlukan pengguna memberi butir-butir peribadi untuk tatapan Dutch Lady Malaysia sahaja.

6. Bagi tempat-tempat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, tarikh program pertukaran adalah 24 dan 25 Jun serta 1 dan 2 Julai 2011. Tempat lain pula tarikh program pertukaran adalah 25,26 Jun dan 2,3 Julai 2011.

Jadi apa tunggu lagi semaklah tempat-tempat yang akan membuat Program pertukaran Susu Untuk Membesar Dutch Lady di atas. Mahu maklumat lanjut .facebook.com/spread.the.goodness.of.milk

Kalau tempat Ct pula yang paling dekat dari rumah ialah TTJ Family Store, Taman Tuanku Jaafar. Tak sampai 10 minit dah sampai. Lagipun di situlah Ct beri barang keperluan dapur setiap bulan. Kalau sesiapa yang nak tahu mengenai Jenama dan Produk Dutch Lady (Klik sini)

9 ulasan:

puanbee berkata...

pssttt ank bee minum ducth lady juge ..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

farah pun minum ducth lady jg...

Izan Ishak berkata...

anak2 izan minum dugro. baru ni try jugak dutch lady 456 tu...sedap rasanya~

Ummi Hanie berkata...

gud info ct..thanx yer..;)

ank2 hanie pun ade gak minum dutchlady ni..maybe zaid pun kena brtukar ke dutchlady(skrg ni brand lain..percubaan pertama) dan asik poo2 jer..maybe sbb xsesuai kot..

ct N honey berkata...

@puanbeepssst...tahu sebab apa...

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ rasanya ramai ibu2 bagi susu DL kat anak...

ct N honey berkata...

@Izan Ishak anak ct mmg sesuai minum DL

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie mmg susah klu anak tak sesuai dgn susunya...terutama poo keras atau ceret beret

Nazreen_Senget berkata...

information yg baik...
huhu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/