Selasa, 14 Jun 2011

Rayuan ke IPTA untuk lepasan SPM boleh disemak disini


KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari nanti. 


Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di http://upu.mohe.gov.my/ atau pada laman web universiti yang dipohon.
"Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini," kata kenyataan itu.


Kementerian itu juga tidak melantik ejen atau wakil dalam pemilihan kes rayuan tersebut. 

"Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan prosedur serta prosedur yang ditetapkan kementerian," kata kenyataan itu. 

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848. 

Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888. 






2 ulasan:

NzA berkata...

ada calon yg dpt 10A pun trcicirkan...hu....

ct N honey berkata...

@NzAkadang2 tak tahulah mcm mana mereka buat pemilihan,kesian anak2 dan ibubapa yg mengharap.