Sabtu, 9 Julai 2011

Berita terkini mengenai Perhimpunan Bersih dari Polis Diraja Malaysia


Tak tahulah apa nak jadi sekarang ni (hari ini). Agaknya Ct ni ketinggalan keretapi. Ct dapat tahu ada lagi satu perhimpunan akan diadakan tengahari ini. Rupanya bukan Perhimpunan Bersih sahaja tapi Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia juga akan mengadakan Perhimpunan Patriot. Mereka akan berarak di Jln Bukit Bintang menuju ke Stadium Merdeka jam12.30 tengahari. Kalau Perhimpunan Bersih pakai baju warna kuning, Perhimpunan Patriot pula berwarna merah. Rasanya tak nak lah buat warna ni untuk baju raya ...Himpunan Patriot Teruskan Perarakan



Ini maklumat yang Ct dapat dari Polis Diraja Malaysia FB. OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1100 pagi adalah seramai 236 orang. Daripada jumlah ini, 228 orang adalah lelaki dan 8 lagi adalah perempuan.

Terbaru:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1230 adalah seramai 514 orang. Daripada jumlah ini, 478 orang adalah lelaki dan 36 lagi adalah perempuan.

Terbaru:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1430 adalah seramai 672 orang. Daripada jumlah ini, 624 orang adalah lelaki dan 48 lagi adalah perempuan.

Terbaru:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: maklumat terkini pada jam 1550
Senarai pemimpin yang ditahan:
Datuk Mahfuz Omar - KL Central
Salehuddin Ayub - KL Central
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Central
Tian Chua - KL Central
Dato' S. Ambiga - KL Central
Dato' Seri Hadi Awang - KL Central
Dato' Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

Terbaru:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1530 adalah seramai 924 orang. Daripada jumlah ini, 875 orang adalah lelaki dan 49 lagi adalah perempuan.

Terbaru:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: maklumat terkini pada jam 1800
Senarai pemimpin yang ditahan (Terkini)
Datuk Mahfuz Mohammad
Khairy Jamaluddin
Ngeh Khor Ham
Sivarasah Rasiah

Terkini:
OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1840 adalah seramai 1667 orang. Daripada jumlah ini, 1500 orang adalah lelaki, 151 lagi adalah perempuan dan juga 16 kanak-kanak yang dibawa turut serta dalam perhimpunan oleh ahli keluarga mereka.
http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Terkini dari Berita Harian
1.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar ditahan untuk siasatan lanjut.

2.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali ke Hotel KL Hilton selepas gagal berarak ke Stadium Merdeka bersama pemimpin pembangkang dan penganjur perhimpunan haram BERSIH lain.
Anwar, menerusi laman sosial twitter, berkata beliau cedera ringan ketika polis bertindak untuk menahan mereka di KL Sentral. Katanya, anaknya, Nurulizzah dan Nurul Hana, ditahan polis.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti lintas langsung Perhimpunan BERSIH, sila tonton LiVE oleh Berita Harian




3 ulasan:

shaffique berkata...

harap takde pertumpahan darah berlaku la. amin.


My latest entry : Takabisha, Roller Coaster Tercuram Di Dunia

Tanpa Nama berkata...

@shaffiquebengap jgk dorng neh....negara dah aman nk jgk kecoh2

Tanpa Nama berkata...

saya pown b'harap xda p'tumpahan darah...amin....kesian kat kanak2 yg x b'salah n xtau ap2....teruk la dorang neh...selfish btui.......

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/