Sabtu, 30 Julai 2011

Datuk Seri Shahrizat sedih tak sempat bantu Ashraf



Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Shahrizat berkata, kementerian sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.


IBU Mohd Ashraf Abd Aziz, 26 yang dikenali Mak Yah, 50, menunggu jenazah di luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Imran Makhzan
"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka. 

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

3 ulasan:

Umedia Network berkata...

Allah lebih sayangkan dia. huhu. Nice info ct. Suka walking2 kat sini. :)

Puan Kutu berkata...

Semoga kisah aruah dijadikan teladan buat kita semua..

Jendela Hati berkata...

Innalillah...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/