Sabtu, 23 Julai 2011

Filem KL Gangster memberi unsur negatif ( MCPF)


Tayangan dedah remaja pengaruh negatif
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam melahirkan kebimbangan mengenai implikasi filem KL Gangster terhadap generasi muda, terutama di kalangan remaja yang suka mengikut unsur negatif yang ditayangkan.



Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia disebabkan oleh kadar jenayah di kalangan remaja kini berada pada tahap yang memerlukan perhatian serius.


“Mengikut perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tempoh Januari hingga bulan lalu, seramai 741 pelajar dan 1,420 bukan pelajar berusia di bawah 18 tahun terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah.

“Selain itu, seramai 1,164 pelajar dan 1,877 bukan pelajar sudah ditangkap kerana terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah dalam tempoh sama. Keganasan di sekolah seperti buli, ‘gangsterisme’ dan pergaduhan sering dikaitkan dengan unsur negatif yang dipaparkan di dalam filem,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Sebelum ini, kajian MCPF bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ pada 2002 mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja dan menunjukkan mereka mudah dipengaruhi media massa.

Di samping itu, hampir dua kali ganda sampel remaja memberitahu mereka terpengaruh dengan tingkah laku dan watak pelakon yang ditonton di televisyen dalam aspek perhubungan dan sikap dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Lee mencadangkan filem bakal diterbitkan di negara ini perlu memberi perhatian khusus kepada unsur positif yang boleh mendidik remaja supaya menghayati kehidupan mereka.bharian

Bagi pendapat Ct walaupun banyak adegan ganas dalam filem ini, masih juga terdapat nilai-nilai kemanusiaan. Kasih sayang antara adik-beradik, keluarga dan kawan yang perlu juga kita lihat. Di harap remaja di luar sana boleh membezakan mana yang baik dan buruknya.

Tahniah kepada Syamsul Yusof kerana kejayaan filem KL Gangster mendapat kutipan filem tertinggi setakat ini di Malaysia.




14 ulasan:

Umedia Network berkata...

Betul2. Filem ni masih ada nilai positif yang perlu kita contohi. :)
nice info ct

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

hmm...2 la manusia. tgok je kejayaan org len. ade je nk kondem kann.
bagi sy...filem ni ada unsur positif.

walopon byk aksi ganas. tp..ade pengajarannya.

Puan Kutu berkata...

pada sy filem luar pun byk unsur ganas dan gangster.budak 12taun dah pandai pun pk baik buruk..ibu bapak kena pantau anak2.filem gangster plak yg nak disalahkan..nilai yg baik tak nak ambik pulak kan..

wan_cikgumuzik berkata...

sangat effektif cerita kl gangster tuhh kan??

Queen F berkata...

knp nak kondem KL Gangster je? sedangkan banyak lagi filem lain yang kalau tengok boleh je bagi kesan negatif.. -.-' well dalam setiap filem tu semua ada nilai postif & nilai negatif.. nilai positif utk diikuti, nilai negatif utk diajdikan pengajaran supaya jangan buat mcm tu, tapi kalau ada yang mengikut, itu salah diorang la kan? akal ada, tanak guna.. kann? :|

Chempaka berkata...

bukan ke msia dah ada FINAS utk tapis sume filem2 yg x berkenaan nih? saringan utk filem dan drama patut nye lama dah dibuat... baik utk remaja mahupun setiap lapisan msyrakat sndri... kartun pun skali.. spongebob n chin chan.. apa je nilai murni yg ada..ye x?

diana berkata...

kan filem sekarang ada klasifikasi..
boleh je di kawal tu.
cuma mak pak zaman sekarang ni cerita macam ni di tonton bersama dengan anak2 kecik.tu yng tak bagus nya.budak2 sekolah ni bukan semua yang tau berfikir apa nilai2 murni sebalik filem tu.depa terima apa yang depa nampak je.

ct N honey berkata...

@Umedia Network mmg betul tu

ct N honey berkata...

@♥ cik kieranaa ♥ ye saya pun sokong

ct N honey berkata...

@Puan Kutu perkara yg tak baik tu mmg cpt aje dia orang kecoh

ct N honey berkata...

@wan_cikgumuzik byk sungguh kontroversi filem ni kan

ct N honey berkata...

@Chempaka terutama chin chan, saya mmg tak galakkan anak saya tgk, mungkin mereka tu tak perasan sbb kartun.tapi sebenarnya itulah yg selalu budak2 tgk

ct N honey berkata...

@diana saya dah tgk cite ni, mmg ganas,dan anak saya mmg tak dibenarkan tgk

Cangkul Emas berkata...

banyak lagi penyebab anak-anak terbiar dan lakukan jenayah.


jangan salahkan filem ni sahaja.
mak bapak pon same.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/