Ahad, 31 Julai 2011

Hadiah untuk pengomen blog ct N honey

Awesome Myspace Layouts | Hi5 Layouts | Friendster Layouts | TotallyPimpedOut.net

Ct telah menjadi blogger ni lebih kurang 8 bulan dah. Dari hari ke hari follower pun makin bertambah, terima kasih kepada yang sudi menjadi pengikut blog ct N honey. Tidak lupa juga ucapan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi mengomen entry yang telah Ct sediakan. Bukan senang sebenarnya nak jadi blogger ni. Memerlukan masa dan usaha yang banyak. Kalau nak tahu, Ct selalunya bangun pukul 5.00 pagi untuk mencari berita terbaru atau  maklumat terkini sambil menyiapkan anak yang nak pergi sekolah. Kalau boleh entry pertama Ct untuk hari itu mesti di terbitkan sebelum pukul 7.00 pagi. Lepas ping sana sini buat sarapan atau pun masak untuk hidangan tengahari. Semuanya itu mesti di selesaikan sebelum 2 hero kecik Ct bangun. Kadang-kadang naik semput di buatnya.


Sebenarnya entry kali ini adalah untuk memberi penghargaan dan hadiah bagi yang rajin meninggalkan komen sekaligus menjadi pengikut setia blog ct N honey. Mereka ini adalah pengomen sepanjang Ct mewujudkan blog ct N honey  ini hinggalah sekarang. Mereka ini juga pernah menduduki tahta pengomen paling lama melebihi sebulan. Mari kita berkenalan dengan mereka dan apakah hadiah yang mereka dapat. Sebenarnya Ct tak buat kontest untuk pengomen terbanyak, tapi ini hanyalah pemberian iklas dari Ct.


quilt gambar ultraman

Hadiah ini Ct buat untuk homemakers-puteri atau pun Yati. Yati ini adalah pengomen paling lama menduduki tahta no.1. Sekarang ini di sebabkan sibuk dengan bisnes yatiandstitch dan dalam urusan untuk berpindah rumah jadi dia dah slow buat blogwalking.

beg jeans ranggi
Ini pula untuk puanbee . Pbee ini adalah blogger kegemaran Ct ketika baru mula-mula jadi blogger dulu hinggalah sekarang. Banyak maklumat yang boleh kita dapat dalam blog puanbee. Sekarang ini Pbee sedang mengadakan kontest menang duit raya.Berbaloi-baloi hadiahnya,rugi tak join.

bantal 'owl'
Bantal bentuk 'Owl' ini khas Ct buat untuk jendelahatikami ataupun Puan Zai. Suka dengan Puan Zai ini kerana bila dia dah datang ke blog Ct semua entry dia komen. Lagi satu Puan Zai ni orang nogori sama dengan Ct. Harap sukalah hadiah Ct ni ye.Semuanya adalah hasil jahitan Ct. Untuk Yati dan Puan Zai nanti berikan alamat rumah ke email Ct sitinoorhz@gmail.com. Tapi harap bersabarlah ye, bila sampainya hadiah tu Ct tak pasti, Ct akan cuba secepat yang mungkin.
Satu lagi entry penghargaan untuk pengunjung blog ct N honey

13 ulasan:

noorfatinie berkata...

waa..beznye dapat adiah! ^_^
jgn semput sampai pengsan sudahla kak..chaiy0k2!

Puan Kutu berkata...

wah kembo dapat beg yg comel..best kan klu dpt bagi penghargaan kt pengomen blog kita..comel2 hadiahnya..:)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

naknak juga....huhuhuhuhu...(dgn muka rasa tak malunya terus meminta2 hehehehee)

NzA berkata...

wow..bestnya dpt hadiah yg cute n comel tu..tahniah pd yg brtuah!!!!

Jendela Hati berkata...

Salam ct. makaseh bebyk atas penghargaan yg tak disangka2 nie. seronoknyeee. cutenya bntl tu. semoga ct lebih succes jd blogger masa kini dan hadapan. selamat menyambut puasa.

Juanita berkata...

8bln, tp mcm da 8 thun je tgk blog dia. Salam ramadan ye awak

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
tak lama lagi mungkin puan kutu lak kan

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
boleh..sikit lagi boleh tu dpt hadiah

ct N honey berkata...

@NzA
nza pun dlm top 10 list pengomen terbanyak ct,klu ada rezeki dpt gak

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
jgn lupa hantar alamat kat email ct ok

ct N honey berkata...

@Juanita
masih byk lagi nak belajar tentang dunia blogger ni...bkn senang rupanya

puanbee berkata...

yeayyy i like..ct tk sabo nk bergaya dengan beg comel tu . bestnyaaaa

Nur berkata...

Ct,
Yati dah email alamat. Terharu Yati, atas penghargaan ni. Tapi skrang Yati dah tak masuk pengomen terbanyak dah, kan. :)