Jumaat, 22 Julai 2011

Status terkini Bantahan Tayangan Perdana Tahajjud Cinta


Semasa Drama bersiri Nora Elena di tayangkan,ada juga yang membantah tayangannya. Kalau sesiapa yang masih tak tahu siapa penulisnya, Inilah penulis sebenar surat bantahan drama Nora Elena. Kini drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.



Fanpage Facebook, “Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta” telah diwujudkan. Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, “membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah dan juga dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok".

Komen dari admin Fanfagenya
“Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul,” kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya..ohbulan

Ini pula status terbaru TAHAJJUD CINTA "Semakin ramai yang membantah TAHAJJUD CINTA... ramai juga yang mengutuk dan menghina....apakah itu sahaja yang mampu dibuat oleh orang berilmu tinggi dalam agama? Apakah itu juga cara orang Islam menegur kesilapan sesama Islam?" 

Namun begitu ramai juga yang memberi kata-kata semangat kepada pengarah TAHAJJUD CINTA, Erma Fatima dan berharap pihak TV3 tidak menarik balik tayangan drama bersiri ini.


Oleh kerana perang FB sedang berlaku dengan hangatnya, terbaru status FB Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta berkata

"Kak Erma Fatimah, pengarah drama tahajud Cinta mahu penonton menilai hasil tangan selepas tamat cerita. InsyaAllah kita cuba berlaku adil kepada Kak Erma. Manusia hanya mampu menilai perkara yang telah berlaku.Yang akan berlaku kita doakan kepada Allah s.w.t segala yang terbaik untuk ummat Islam".

Kita tunggulah perkembangan terbarunya nanti. Kalau pendapat Ct, mana yang elok kita ambil jadikan amalan, yang penting Ct suka drama Tahajjud Cinta ini.

17 ulasan:

pwincess Lov3y dOv3y berkata...

ternanty2 kn cerita niey..:)

Umedia Network berkata...

Betul2. Tunggu dan tgk dulu. Jangan trburu2 sangat.

kakchik@ella berkata...

susah nak komen sbb kc tak penah follow cite2 kat TV ni. Nora Elena tu KC baca novel je 4 tahun yg lalu

Nizam Ijam berkata...

erm.... pelik gak rasanya nie...

” Nizam Ijam Dot Com”

merahitujambu berkata...

tak tengok pon drama ni...

Puan Kutu berkata...

adoi camnie pun ada ka..mlmniebr nk tgok,dh dua episod miss.asyik lupa jer..jadik tak faham sgt apa yg fanpage tu nak sebenarnya..:)

alif haris berkata...

sy tak tgk pn drama ni ..
tp cuba tgk dulu penghabisannya .. mungkin ada la tu mesej yg ingin disampaikan

Nour Akmal berkata...

ala..lantak pi lh dgn fan page tu..
semua nk di kutuk..aduii..tgk je dh lah..
yg baik amik jd tauladan..yg buruk jdkan sempadan..

Razil Tahir berkata...

nama pun cerita...
semua berkenaan cerita tue direka, dibayangkan dan dikupas...
bukannya depa dok cakap tentang realiti dlm bentuk dokumentari dan menyelewengkan fakta..
sekadar satu gambaran saje..

tue pendapat saya la...

Cute Girl berkata...

sy tgk jalan cite dia biasa je,kenapa nak kena bantah pulak! x ade pon hina islam! apa masalah diaorg ni,bkn ke purdah tu wajib bagi imam syafie,yg nora elena tu mmg lah sejak sekolah pakai tudung!dah besar free hair pakai skirt,mana org x marah...

NzA berkata...

tgk juga ttp jrg2...xtau kisah sbnarnya....

ct N honey berkata...

@pwincess Lov3y dOv3y saya pun sama

ct N honey berkata...

@Umedia Network baru 2 episod dah nak melentingkan

ct N honey berkata...

@kakchik@ella ye ke kak chik, mmg betul2 sibuk ni

Tanpa Nama berkata...

Salam..

sedih dgn drama2 dakwah kt malaysia ni. selalunya org agama / muslimah digambarkan dgn imej yg tak baik.. ternanti2 pula watak org agama yg membawa pembaharuan dan perpaduan dlm masyarakat.. pengarah dicadangkan agar minta pendapat ilmuan islam sebelum arah drama / filem.. tugas dakwah / beri gambaran yg baik ttg islam itu adalah tanggungjawab semua umat islam.. tq

zetty berkata...

sy mmg t'tgu cerita ni, coz thought yeah cerita ni mesti superb, pnuh ngan gaya islamik..Ramai yg persoalkan npe nk bantah cerita ni, actually dr 1st episod lg dh ade ckit dialog n scene yg kurg sesuai..then, episod 2 plak scene diorg pergi bercuti berempat, 2 lelaki n 2 pmpuan, then part bf seri tarik tgn die..ermm kalo betol2 islamik, should't have scene like that..that's maybe one of the reason diorg bantah..btw, yeah kite tgk je la cmne ending cite ni nnt..sy suke cite ni coz sweet sgt tgk diorang berpurdah :)

ct N honey berkata...

@zettybagi ct apa yg nak disampaikan oleh erma tu..kita ni mmg islam,tapi perkara2 begitu mmg ada dlm masyarakat kita,cuma kita mcm tak boleh menerima kebenarannya itu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/