Khamis, 14 Julai 2011

Trailer Drama Berselindung Di sebalik Kaabah-Ramadan ini di Astro Prima 105


Astro telah menyediakan beberapa telefilem yang hebat sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Salah satu telefilem yang akan di tayangkan pada bulan Ramadan nanti ialah Drama Berselindung Disebalik Kaabah.
Lakonan Zarina AF, Izreen, Didie Alias, Eizlan Yusof, Fir AF. Klik info tentang Program Ramadan 2011 di Astro






Sinopsis Berselindung Di sebalik Kaabah: 
Rina seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar. Rina mempunyai adik bernama Maya. Ayah mereka, Datuk Jamal menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy, teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu. Ikuti kesudahan telefilem ini yang bakal bersiaran pada 7 Ogos, jam 10mlm di Astro Prima 105.


1 ulasan:

aremieroul berkata...

macam best jerk..hu3..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/