Isnin, 8 Ogos 2011

Gambar Geisha Melayu Terakhir


Syarikat Cube Film Sdn Bhd milik Michael Ang adalah penerbit telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT) yang dijangka menemui penonton pada musim Aidilfitri, 3hb Sept 2011 9pm di ASTRO RIA.


Salah seorang pelakonnya ialah Tiz Zakiah, baginya pengalaman berlakon memegang watak antagonis bernama Ai Ling dalam GMT cukup menyeronokkan. Watak perempuan Cina itu boleh dianggap yang pertama menampilkan sisi ‘jahat’ bagi Tiz yang cukup diingati dengan peranan gadis bertudung bernama Nur Amina dalam drama siri fenomena di TV3, Nur Kasih. Ai Ling memerlukan Tiz menyandang peranan sebagai ‘Mak Ayam Besar’ yang mengurus serta melatih pelayan (geisha).
Lebih memeranjatkan watak itu juga perlu menampakkan sisi Ai Ling yang mempunyai naluri yang sama terhadap kaum sejenisnya. Dalam erti kata lain, cenderung kepada gaya hidup lesbian. Tetapi ia lebih bersifat tersirat dan tidak terlalu ditunjukkan pengarahnya. Kata Tiz sambil memberitahu watak Ai Lin memerlukannya bermain dengan perasaan dalaman.

Dazrin Kamarudin yang pernah berlakon di dalam filem Seru dan juga sebagai model memegang watak antagonis sebagai Jeneral Shiro yang jatuh cinta dengan Suraya tetapi cintanya tidak dibalas kerana Suraya menyukai orang lain.
Scha memegang watak sebagai Suraya yang dipaksa menjadi geisha atau pelayan untuk melayan tentera Jepun. Emosi Suraya terganggu apabila melihat keluarganya menderita termasuk kematian ayahnya. Ini juga kali pertama Scha perlu mengenakan busana kimono. Watak ini juga Scha sifatkan terlalu mencabar kerana perlu mengawal segala pergerakan dan bahasa badan supaya tidak keterlaluan. 

Sinopsis Telefilem Geisha Melayu Terakhir (GMT)
GMT berlatarkan zaman penaklukan Jepun pada awal 1940-an mengisahkan Suraya yang baru kematian ayahnya, terpaksa bekerja dengan pihak Jepun untuk menyara kehidupan keluarganya. Suraya dibawa bekerja di sebuah kelab geisha di Tanah Melayu yang diketuai geisha berbangsa cina, Ai Ling. Di, situ Suraya turut berkenalan dengan geisha bernama Mei. Di kelab geisha itu juga, Suraya mula jatuh cinta dengan seorang askar Jepun bernama Ichiro. Keadaan menjadi buruk apabila sekumpulan askar Jepun mati dibom Malayan People's Anti-Japanese (MPAJA). Jeneral Shiro mengerah penculikan adik perempuan Suraya supaya dia dapat membuka rahsia siapa membocorkan maklumat kepada MPAJA mengenai markas Jepun.



Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanitakecantikkan, dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.

7 ulasan:

Afuan Shah berkata...

wah!cam best ja..harap2 ada rezki dpt tgk ni..hoho

puanbee berkata...

lain dr yg lain nih ct ..

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

geisha ni perkataan jepun utk pela*** kan .. memula baca tajuk citer ni tekezut juger ..

farah berkata...

best best! x sabar nak tgk Tiz Zaqyah :)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS berkata...

Review: TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK
GOOFSPOTONFILM (update):
THE MECHANIC banyak kesalahan, gempar!

wah, hope sempat tonton raya ni.. itu pun kalau ada masa... ziarah menziarah lagi utama

Noridah berkata...

kena tengok juga ni. 3 sept ye?

Tanpa Nama berkata...

best giler citew niew :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/