Isnin, 8 Ogos 2011

Terkini kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil Tanah Rata Cameron Highlands


Utusan Malaysia
Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Berita Harian
Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang semalam berlaku semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.

Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata tiga rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

                                      

SEREY Persela a/p Sari, mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 12.00 malam




ANGGOTA bomba dan penyelamat menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameron Highlands. Hmetro

2 ulasan:

Jendela Hati berkata...

salam isnin ct, bgn sahur arini dikejutkan dgn berita tanah runtuh.moga tidak mengorbankan ramai org.

pinky_liscious berkata...

moga2... nanged innit..