Jumaat, 12 Ogos 2011

(OST Ramadan Terakhir)Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin (mp3)


Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap penyakit  kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.



Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Ketahui jawapannya dalam Ramadan Terakhir sebuah kisah penuh penyesalan dan konflik yang bersiaran sebanyak 15 episod, setiap selasa hingga khamis, jam 10.30 malam di TV3.





4shared.com

Lirik Lagu Ramadan Terakhir

Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanitakecantikkan, dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.

8 ulasan:

Afuan Shah berkata...

woot2...suka gila cita ni...
best kot..
maz tu gila lah...haha

Saiazuan berkata...

mcm best je.. huhu tp da mls nk tgk tv skrng..

NzA berkata...

best gak cerita tu w.pn trkdg.......zzzzzzzzzzz.....dpn tv.

ct N honey berkata...

@NzA
sama lah mcm ct..hati tu nak tgk tapi mata nak tidur....

ct N honey berkata...

@Saiazuan
byk kerja ke,jadi cikgukan,sek mana?

ct N honey berkata...

@Afuan Shah
bolehlah simpan lagu dlm hp..tgk mlm tadi hrp2 maz tu insaflah pas ni

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

boleh thn gak citer ni ... n lagunye juge

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
nak jadikan ring tone boleh lah

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/