Selasa, 27 September 2011

1-Cara kesan remaja hamil

WANITA hamil begitu mudah dikenal pasti dari segi bentuk badan dan cara mereka berjalan apatah lagi wanita hamil sering mengalami alahan, membuktikan ada 'isi dalam perutnya'. Gejala seperti muntah-muntah, loya, pening, rasa teringin makan sesuatu, tidak tahan pada setengah bau atau makanan, sering berlaku pada wanita mengandung pada peringkat awal.
Perbezaan fizikal susuk tubuh berlaku ketika hamil. Buah dada dan puting kian membesar selain kulit sesetengah wanita menjadi gelap, terutama pada bahagian muka serta sering terasa hendak kencing, timbul jerawat dan menjadi letih.

Selain itu, wanita hamil juga ada kalanya mengalami keputihan pada faraj yang lebih daripada biasa selain tidak datang haid. Emosi menjadi tidak menentu, sering merajuk dan mudah melenting.

Semua tanda ini agak ketara dan hampir sesiapa saja boleh mengesan atau mengenal pasti jika seseorang wanita itu hamil. Ini juga yang menyebabkan banyak pihak musykil bagaimana ramai ibu bapa, keluarga, guru dan masyarakat sekeliling tidak dapat `mengesan’ apabila remaja, termasuk di bawah umur, hamil.

Baru-baru ini, seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan dirogol teman lelakinya mengadu sakit pinggang kepada keluarga. Pemeriksaan yang dilakukan di klinik mengesahkan kesakitan yang dialami remaja itu adalah disebabkan ingin bersalin.
Mengapa ibu bapa sukar mengesan anak remaja mereka mengandung?

10 ulasan:

ika berkata...

seronok sgt buat menda uh...seronok 5min je tp tnggung malu seumur idup

Puan Kutu berkata...

emm mak bapak skang sibuknya mengalahkan menteri.mana nak perasan perubahan anak

Mrs. Daniel berkata...

ha ah lah...senang jer budak-budak ni beranak dan buang. aiyoo..difikir-fikirkan sakitnya beranak, Tuhan jer yang tahu..

Nyamuk Terbang berkata...

bdk2 skrng tahu nk seronok ja
tak fkir ap akn jd msa akn dtg

HappyIrfa berkata...

mak saya kata 'org peknen luar nikah ni.perutnya di lindung oleh syaitan sbb tu ramai org tak perasan dia peknen.tak macam org kawen yang peknen'

wallahualam

ct N honey berkata...

@ika
bukan dia aje malu tapi 1 keluarga

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
tak dinafikan,zmn semua kena ada duit ni,ibu bapa sibuk cari duit, kdng lupa beri perhatian pada anak2

ct N honey berkata...

@Mrs. Daniel
agaknya dia orang ni senang beranak kot,sbb tu senang buang aje bayi

ct N honey berkata...

@Nyamuk Terbang
klu remaja tu perjalanan kehidupan mereka masih panjang lagi,jgnlah buat perkara yg merosakkan diri

ct N honey berkata...

@HappyIrfa
ye ke? agaknya balasan dia ikut cakap setan tu,setan tolong dia pulak

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/