Selasa, 27 September 2011

2-Mengapa ibu bapa sukar mengesan anak remaja mereka mengandung?

Anak remaja ini sendiri tidak sedar yang mereka mengandung. Mungkin juga mereka mengandaikan perkara itu berlaku tetapi menafikannya. Dalam kebanyakan kes mereka berkelakuan seperti biasa, tambah pula jika tidak begitu rapat dengan ibu bapa dan tidak selalu berada di rumah. Oleh itu, kehamilan mereka tidak dapat dikesan dan disedari ibu bapa dari awal lagi.
Ada remaja yang badan mereka sedikit besar atau berisi. Walaupun sudah dalam bulan ke empat atau lebih kehamilan, dalam kebanyakan kes, badan remaja tidak begitu menampakkan beza dengan keadaannya sebelum ini.

Gejala seperti muntah-muntah dan loya tidak sama sekali dikaitkan dengan kemungkinan anak hamil, lebih-lebih lagi apabila anak remaja itu dianggap sebagai anak yang baik dalam keluarga. Hubungan seks luar nikah adalah sesuatu yang dianggap ibu bapa perkara terakhir dilakukan anak. Ramai ibu bapa beranggapan masalah kesihatan itu disebabkan penyakit lain seperti gastrik atau tersalah makan dan sebagainya.

Ada juga remaja yang tahu mereka mengandung tetapi takut, berusaha menutup rahsia itu dengan memakai pakaian besar dan labuh supaya boleh melindungi keadaan perut yang kian membesar.

Ramai remaja yang kitaran haidnya tidak teratur dan jarang datang haid disebabkan paksi aliran ‘hormone hypothalamus-pituitari-ovari’ mereka tidak matang dengan lengkap lagi. Oleh itu, apabila mereka tidak mengalami haid, mereka tidak menyangka ia disebabkan kehamilan.
Bagaimana untuk mengenal pasti jika anak remaja mengandung?

2 ulasan:

KC@ella berkata...

Ini antara prkara yg patut dielakkan dengan serius di zaman serba canggih ni "Mengandung di usia remaja sebelum nikah"

ct N honey berkata...

@KC@ella
takut bila baca,tapi sekarang ni mcm dah perkara biasa pulak

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/