Sabtu, 17 September 2011

Gambar majlis resepsi Ashraf Muslim dan Noor Dayana(rumah pengantin perempuan)

Pada 17 Sept 2011 telah berlangsungnya majlis resepsi pelakon, Mohd Ashraf Muslim dengan pasangannya, Noor Dayana binti Lokman. Sebelum ini, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Kota Mekah pada 1 Syawal lalu.
Asraf Muslim dan Dayana di majlis resepsi 17 Sept 2011
Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. Majlis berkonsepkan perkahwinan Inggeris ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Ashraf Muslim dan Dayana bertemakan perkahwinan Inggeris
Majilis resepsi pelakon Ashraf Muslim, 30, bersama pasangannya Noor Dayana binti Lokman,24, berakhir kira-kira jam 4.00 petang tadi. Majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan, kenalan dan saudara-mara kedua-dua belah pihak pengantin. Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin ke pentas utama pada jam 1.30 petang.
Ashraf dan Dayana 'Selamat Pengantin Baru'
Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran, Telekung, Beg Tangan Salvatore Ferragamo, Jam Tangan Esprit, I-Phone 4, Sireh Junjung, dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Antara buah tangan untuk pihak lelaki ialah Set Wangian Boss, Jam tangan Gucci, Al-Quran, Sepasang kasut Bally dan Cermin Mata Prada.




Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 24 September hadapan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Majlis resepsi Ashraf Muslim dan Dayana di (MITC) Melaka


7 ulasan:

Zul Fattah berkata...

nk kahwin jugak..

fiq. berkata...

suke la cara diorang ni kawen, xde banyak cerita glamer keluar mcm sesetengan retis tu, semua nak cerita, gaun brape juta, kasut berape biji berlian. hurm

Suzie berkata...

Cantik...tahniah

ct N honey berkata...

@fiq.
saya tahu siapa

ct N honey berkata...

@Zul Fattah
dah ada calon lum?

ct N honey berkata...

@Suzie
pengantin baru mesti cantik,kita dulu cam tu gak kan?he.he.he.

raja nurul berkata...

pelamin rekaan https://www.facebook.com/pages/Raja-Nurul-weddingfloral-artistevent/219472748080902

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/