Pada 17 Sept 2011 telah berlangsungnya majlis resepsi pelakon, Mohd Ashraf Muslim dengan pasangannya, Noor Dayana binti Lokman. Sebelum ini, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di
Kota Mekah pada 1 Syawal lalu.
|
Asraf Muslim dan Dayana di majlis resepsi 17 Sept 2011 |
Ashraf dan Dayana tampil dalam persalinan berona putih dan lilac rekaan Ezuan Ismail. Majlis berkonsepkan perkahwinan Inggeris ini berlangsung di rumah pengantin perempuan di Villa Bestari, Kg. Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
|
Ashraf Muslim dan Dayana bertemakan perkahwinan Inggeris |
Majilis resepsi pelakon Ashraf Muslim, 30, bersama pasangannya Noor Dayana binti Lokman,24, berakhir kira-kira jam 4.00 petang tadi. Majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan ini berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran rakan-rakan, kenalan dan saudara-mara kedua-dua belah pihak pengantin. Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin ke pentas utama pada jam 1.30 petang.
|
Ashraf dan Dayana 'Selamat Pengantin Baru' |
Pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran, Telekung, Beg Tangan Salvatore Ferragamo, Jam Tangan Esprit, I-Phone 4, Sireh Junjung, dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Antara buah tangan untuk pihak lelaki ialah Set Wangian Boss, Jam tangan Gucci, Al-Quran, Sepasang kasut Bally dan Cermin Mata Prada.
6 ulasan:
nk kahwin jugak..
suke la cara diorang ni kawen, xde banyak cerita glamer keluar mcm sesetengan retis tu, semua nak cerita, gaun brape juta, kasut berape biji berlian. hurm
Cantik...tahniah
@fiq.
saya tahu siapa
@Zul Fattah
dah ada calon lum?
@Suzie
pengantin baru mesti cantik,kita dulu cam tu gak kan?he.he.he.
Catat Ulasan