Isnin, 12 September 2011

Jangan sesuka hati memberi nama Syed atau Sharifah kepada anak


Persatuan Kebajikan Syed dan Sharifah Malaysia (Asyraaf) menegaskan status keturunan itu, tidak boleh digunakan sesuka hati oleh ibu bapa kepada anak masing-masing, sekiranya mereka bukan daripada salasilah keturunan tersebut.
Pada masa sama, ada juga meletakkan gelaran itu pada anak angkat yang didapati bukan daripada keturunan tersebut.
Syarifah Aini-Gambar hiasan
Presidennya, Profesor Madya Syed Omar Syed Mohamad As-Saggaf berkata, dalam Islam, setiap anak dilahirkan perlu bernasab bapa.

“Perkara ini tidak boleh berlaku kerana bukan sahaja membawa kecelaruan dalam menentukan salasilah keturunan, malah terpesong daripada syariat Islam,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke mesyuarat agung persatuan itu di Akademi Latihan Felda, Bukit Goh, kelmarin.

Syed Omar berkata, Asyraaf akan gunakan saluran betul bagi menyelesaikan kekeliruan itu, termasuk mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya meneliti pendaftaran kelahiran kanak-kanak yang menggunakan status keturunan itu supaya gelaran Syed dan Sharifah hanya dibenarkan kepada mereka yang layak berdasarkan keturunan bapa.

Menurutnya, perkara itu bukan untuk mengagung-agungkan keturunan tersebut, sebaliknya menjaga keturunan seperti disyariatkan Islam.
Persatuan Kebajikan Syed dan Sharifah Malaysia (Asyraaf) 
“Tujuan penubuhan persatuan ini lebih kepada mengumpul dan merapatkan silaturahim dari kalangan keluarga berketurunan Syed dan Sharifah.

Beliau berkata, pihaknya akan mengerakkan beberapa usaha untuk menambah bilangan ahli, selain memperkenalkan program ‘Di mana kita berada di situ ada keluarga’.

“Maknanya jika seseorang ahli pergi ke sesuatu tempat, mereka boleh mencari keluarga sama ada untuk berkunjung atau meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, semua senarai dan butiran ahli akan dimasukkan ke dalam pangkalan data untuk rujukan semua dan akan dikemas kini dari masa ke semasa.

51 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

keturunan syed syarifah ni sebenarnya dari mana eks.. saya tak berapa tau sgt.. tp yg saya tau kalau nak cari jodoh, kita org biasa2 ni toksah lah cari yg syed syarifah ni.. tak di terima nyerrrr

Unknown berkata...

tak tau nak komen apa..
dalam quran ada ke kata tak boleh bubuh nama syed atau syarifah??
cuma dikatakan kena menjaga keturunan je..bukan la sampai haram kalau bubuh nama syed atau syarifah ni..
mungkin pengasas persatuan ni berlebih2 sangt dalam menyanjung nama syed dan syarifah ni..

Penyu berkata...

ye ke sampai terpesong? nak jaga keturunan sangat la ni.

Nyamuk Terbang berkata...

ye ker??
asal lak??
bkn kalau nama tue bwa mksd yg baik kira dh dibenarkan dlm islam

syafiq_lomotech berkata...

syed, sayyid, syarifah ni nama khusus untuk ahlil bayt.

sebab tu diorang tak bagi diguna nama tu suka hati je.

sama juga dengan al al di belakang tu. tak semua al boleh diguna seperti al saggaf, al haddad, al maliki tu nama family. kalau tiba2 korang guna al haddad kat belakang tu pening la.

tapi yang "malah terpesong daripada syariat Islam" tu aku tak pasti. macam aneh pun ada.

rgds,
syafiq_lomotech
lomotech.com

puanbee berkata...

uit .. tak boleh pulak.. tk semestinya guna nama syarifah tu utk keturunan syed2 je kan ..

Nurhaliza Abbyna berkata...

nice blog, be my follower k :) http://nh141092.blogspot.com/

kpah k-poh Sharifahnor berkata...

nasib akak ler dik oiii...nama pun sharifah..tapi bukan ler keturunan syed2 pun..muka pun tak de nampak mcm sharifah2 tu..kan..Nama pemberian nenek sebab mengenangkan duda nenek dulu tu keturunan syed..hmmmm...

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
ct pun ada dengar cam tu,dia nak yg ada syed gak...

ct N honey berkata...

@diana
bila di fikirkan betul juga tu,kita ni sama aje di sisi Allh,tidak ada beza,

ct N honey berkata...

@Penyu
agaknya keturunan syed ni tak pernah buat salah ke?bangga sangat pulakan

ct N honey berkata...

@Nyamuk Terbang
tak tahulah mereka ni,mcm2...

ct N honey berkata...

@syafiq_lomotech
oh macam tu ke,terima kasihlah bagi penerangan skit

ct N honey berkata...

@kpah k-poh
minta maaflah klu tersinggung baca entry ni,mesti jadi cucu kesayangan ni kan, sbb terpilih diberi nama syarifah

ct N honey berkata...

@puanbee
entahlah pbee,ct pun bukan dari keturunan syed...tak tahulah nak komen cam ne

Suzie berkata...

dulu anak saya qaid lahir pagi jumaat org tua-tua kata boleh letak syed ... sasyed jumaat heheheh tak tau la betul ke tak ...tapi tak minat nama pangkat ni rasa macam susah nak bergaulkan...kita pun rasa rendah diri kan ...baik biasa-biasa macma kita ni senang...

kindergartenlibrary berkata...

uik ?
itu pun tak boleh ?
ish2 ~

ct N honey berkata...

@Suzie
janji ada nama,pandai jaga diri,terjagalah nama emak ayah

ct N honey berkata...

@nelly
itulah mcm2,..

redboyz93 berkata...

keturunan syed dan sharifah ni asl dia dari keturunan Nabi Muhammad Rasul kita....itu yang aq ingt la...

Unknown berkata...

salam
cuba baca dan faham dlm2 apa yg dtulis
bukan soal nama mahupun kemuliaan
tetapi soal nasab keturunan
salasilah kena dijaga agar kita tau susur galur kita
dan dpt mengelak berkahwin ng org yg haram kita kawini
dengan adanya sistem nama keturunan yg teratur mudah2an dpt membantu
klau nak letak syed ke syarifah ke leong ke k. ke atau apa saja itu mungkin hak peribadi
tp akan wjudnya kecelaruan dlm menentukan nasab keturunan
mmg kita semua sama dsisi Allah
yg bbeda adalah iman
wallahualam....

Hadi Endriaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hadi Endriaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hadi Endriaz berkata...

Sebenarnya memanglah keturunan arab nie nak jaga statusnya , tapi tak perlulah sampai perkahwinan pun seolah-olah harus dari kalangan keturunan itu sendiri .. saya pasti , maybe ada orang-II keturunan tersebut yang seperti rimas atau tak mengerti kenapa mesti berkahwin dari kalangan keturunan itu sendiri .. adakah ia 1 dosa atau boleh menyebabkan hilangnya ahlul bait ?? .. sepeti keluarga angkat saya keturunan sheikh & sharifah .. anak-II mereka tak kisah pun berkahwin dengan orang yang bukan dari kalangan keturunan itu sendiri walaupun ayah dan ibu mereka keturunan sekufu ..

seperti saya keturunan jauhari .. harus meletakkan nama Putera/Puteri didepan dan jauhari di belakang sebab jauhari nama keluarga .. dan kami tidak kisah berkahwin dengan orang biasa mahupun kerabat ..

Unknown berkata...

sebenarnye betul ape yg diperkatakan...sye sendiri pun ade keturunan tu tp dsbbkn mk x kahwin dengan orng yg sama keturunan syed jd x bleh pakai...mk sye kate pun x boleh sbb akan mengelirukan susur galur keturunan tersebut...

Unknown berkata...


"tak tau nak komen apa..dalam quran ada ke kata tak boleh bubuh nama syed atau syarifah??cuma dikatakan kena menjaga keturunan je..bukan la sampai haram kalau bubuh nama syed atau syarifah ni..mungkin pengasas persatuan ni berlebih2 sangt dalam menyanjung nama syed dan syarifah ni.."
-so kalu xtaw komen apa baik diam...jgn la tunjuk kebodohan tu smpai org sekeliling taw..boleh? nak tnjuk bijak tpi otak ..mmmm...kosong.....ltak la name syed ke shrifah ke kat anak ko nnti kalu boleh...ko tah mane punya keturunan dayak laut nak ber bin or bintikan syed? ni bngsa arab beb! bngsa yg bnggsa dgn salasiah keturunan.., bkn mcm keturunan korang ni...bngla sauk buat laki..pompuan sundal sauk buat bini...anak kuar mcm hantu perangai...phm? lenkali jgn la kua fatwa bodoh ko tu....buat malu je weh...nape ko xletak name gopal ke chong nnti...keturunan gak tu...

Unknown berkata...

So kpd keturunan dayak laut kat luar sane...pi mampos la korang nak kwin dgn sape pun...tpi nak syed atau sharifah? Dlm mimpi pun belom tentu dpt,., org bg penerangan untuk pengetahuan...ni nak condem lak...ni ceta bngsa ko taw? Cucu cicit nabi...nak buat main2? nak pertikai? apa punya bngsa la korang ni...keturunan sndri xtah mane dtg nak kondem bngsa arab?! keturunan nabi?! kena phm yek...bngsa!! bknnya soal warak atau x...bngsa!..takut korang xphm lak..ye la..kang putar belit kot lain lak...so korang phm wahai bngsa...mmmm..tah le...fhm?

alwina berkata...

Syed sharifah ni nama keturunan. Bukan la nak agung2 kan ke apa, it's a family name.
Same goes to tengku, che, nik and so on.
Syed Sharifah ni keturunan Rasulullah, but tak ada lebih or kurangnya dari manusia lain.
Cuma nak jaga salasilah, and yes, org arab sgt menitikberatkan keturunan.
Kalau nak sgt anak tu Sharifah ke Syed, pergi la cari Syed sorang.
Your comment really pissed some of us, seriously.

Unknown berkata...

ada kwn aq yg berketurunan syed ni, terlalu mengagung2kan keturunan dia, seolah2 keturunan dia paling mulia kt muka bumi Allah ni.. kami yg org biasa ni ingat lekeh sgt ke? c'mon la, kpd mereka yg berketurunan syed/sharifah yg korng rasa mulia sgt2 ni, aq x kisah kalo korang nk bangga tahap dewa skalipn, tp bila bercakap dgn org lain, tlg la sopan sikit.. tau la idung mancung, dan itu x semestinya anda kene hidung tinggi terhadap org lain.. Kita rasa keturunan kita mulia, kita org yg hebat..tp di hadapan Allah Taala adakah kita semulia seperti apa yg kita sangkakan?? Ingat dlm kubur sok malaikat mungkar nangkir akan tanya kita ke mcm ni ke, "ko keturunan syed /sharifah ke? ok, ko lepas soalan2 dlm kubur ni" xde rasenye.. korng nk kawen sesama keturunan korng itu korng punya psl la.. apa ada pada keturunan, kalo amalan sendiri x cukup? org lain pn ada gk dri nasab keturunan yg mulia2.. ko dok bangga2 ko keturunan syed/sharifah, ntah2 org ko dok sembang tu keturunan wali2... kita atas muka bumi ni, sama je di mata Allah.. yg membezakan kita adalah amalan kita.... so, please.. bkn aq nk hentam, tp sekadar menegur

Fizman berkata...

Kalau ye sekalipun syed n sharifah keturunan Nabi Muhammad, awat pi letak gmbr sharifah aini yg tak menutup aurat tu.boleh jadi fitnah sedangkan keturunan Nabi Muhammad dijaga oleh Allah.zakat dn sedekah pn tak boleh diterima oleh keturunan Nabi Muhammad.
Takkan nk bg alasan dlm setandan pisang tak semuanya baik kot.

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Semua
Maaf saye mencelah tapi sebagai rakan islam saye tergerak untuk berbual mengenai topik ini.
Allah SWT telah turun al-quran untuk kita menghayati dan membace sambil berguru,
Apebila kita hendak menulis benda yg kita tak faham dan tak tau langsung adalah tak baik kan....
Saye singkatkan penulisan saye ini,dan ingin anda sekalian fikir secara logic
Pernahkah anda sembayang langsung tidak pernah sebut
"ALLAH HUMMA SOLLIALA SAIDINA MUHAMMAD, WAALA ALIHI SAIDINA MUHAMMAD"
Ayat ni menerangkan betape tinggi mereka, hadis sohih ade menerangkn akan mereka, bertanya dgn org yg lebih arif lagi baik kan.....
Sebagai sahabat islam saye sayang kamu semua.. Wallahualam.

Unknown berkata...

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/AHLUL_BAIT_MENURUT_PANDANGAN_SUNAH_DAN_SYIAH.pdf&ved=0ahUKEwj3vMm-uJjLAhVOBY4KHYRBBSYQFggoMAQ&usg=AFQjCNHkWKXroE0d9XlSDMuRGNpVRmaGZg

Elina Khan berkata...

pada aku , depa bukanlah tak bagi sebab apa . depa nak yang betul betul ada keturunan depa je guna Syed Sharifah . ni tak , suka hati je nak cekau nama keturunan orang . banyak lagi nama baik baik dalam Islam , pakailah . tak payah sengaja nak bangkitkan kemarahan orang . kalau aku pun , aku tak suka orang pakai nama Khan untuk anak dia sedangkan dia takde salasilah keturunan Khan . it's just that banggalah dengan keturunan dan bangsa sendiri . dan elakkan mencari sebab untuk buat orang tak suka kita sebab perangai kita yang suka provoke orang ��

Ai Wawa berkata...

Mak mertua bukan sharifah kawen ng keturunan syed . Anak2 dia semua pun sama syed kawen bukan dengan sharifah.yang perempuan pun kawen bukan syed .ok je .xsemua keturunan syed tu memilih. Atas sikap sendiri jugak. Memang xdinafikan sstgh memilih harus kawen ng setaraf.tu jenis pentingkan keturunan n jaga terlampau sgt kot.

SABARIAH MS berkata...

ayah saya keturunan syed.. nama atok saya syem muhammad bin syed sulaiman. Bila zaman british, nama ayah saya jadik silap. lebih lebih lagi ayah dipelihara oleh keluarga angkat sebab atok tinggalkan ayah dan kahwin lain di singapura. kesian ayah... hingga kini kami adik beradik tak letak pon nama syed syarifah walaipon kami tahu keturunan kami. yang menjadi bukti cuma wajah dan perangai kami jee hehe... keras hati.

Unknown berkata...

Maaf,cuma nak bagitau takut kalau awak tersalah.mak saya cina (islam) tapi ayah saya keturunan Syed ok je kahwin

Unknown berkata...

actually saya terkilan jugak la bila bce comment2 yg negatif , sbb saya sendiri pon keturunan syed sharifah . Mne ii org boleh je kahwin dngn keturunan syed sharifah TAPI if kamu seorang wanita dan berkahwin dgn lelaki berketurunan syed anak yg kamu dpt nnti letaklah syed/sharifah saya tkpasti hukum dia tapi digalakkan and kalau awak lelaki kahwin dngn wanita berketurunan sharifah anak tu boleh letk nme amer/siti dan yg sesuai . Saya tkpasti knp kene mcm ni ini semua dri pengetahuan saya . Semua nama mulia jngnla ckp keturunan syed/sharifah ni terlebih mulia takk , kami semua hanya menjaga nama keturunan yang diberikan oleh tok moyang kami itu je . Ade jugk yg berkata segelintir keturunan syed/sharifah terlampau show off maybe dia terlalu bangga dngn nama dia so biarkan je tkpon tegur shj .

Unknown berkata...

Keturunan SYED ni ada la keturunan NABI MUHAMMAD SAW.

Unknown berkata...

Ya betul tu.. Secara lojiknya klu dah sah sah ayah awk tu keturunan syed tentu2 awk jadi sharifah atau syed.. Tapi klu awk perempuan cari lelaki syed.. Kawin. So anak awk jadi syed / sharifah.. Klu dah darah tu sememang nya merah.. Tak mungkin ia menjadi kuning.. So jgn lawan takdir.. Sekadar memberi penjelasan.

Unknown berkata...

Itu kita darimana yg boleh tahu cuma Allah SWT,biasa org melayu nk npk hebat sanggup perdagangan nama Rasulullah,walhal org tua tua dulu,main letak je nama anak Syed,dulu bukannya ada jpn

Unknown berkata...

Belum tentu lagi yg cuma boleh tahu Allah dan Rasulullah shj,dulu tiada Jpn siapa sahaja boleh guna nama Syed ni,salasilah darimana pun kita tak tahu

Unknown berkata...

Jgn terlalu percaya sgt diri keturunan Rasulullah,bila ditanya dari salasilah keturunan Fatimah yg sebelah mula terdiam,akhir cuma boleh ckp keturunan Rasulullah shj,zaman dulu Jpn tiada org boleh bubuh nama sesuka hati shj....,ye MMG ada keturunan Syed dan Syarifah dari keturunan Rasulullah,tapi ada yg palsu

Unknown berkata...

Tak tahu la nak cakap apa , tepuk la dada tgok iman tu tarat mana . Awak syed ke syarifah ke kalau akhlak tak serupa takde guna . Allah tak tak letak syarat who u think u are , azab semua sama pada bahagian masing2 . Yg takde syed jadi wali pun ramai . Yg ada syed pun ramai walinya . So renung2 kan . Jgn jalan mendada kalau kau belum mengenal . Dah kenal nanti baru tahu erti jalan seret muka . Selamat menghadam dan malam . Bye

Syed berkata...

Jagan terlampau d fikir sya sendiri nama syed mau kawin degn siapa pun teda yang larang cumah dorng ingin jaga keturunan mereka slam

Unknown berkata...

Catat. Salasilah Keturunan penting supaya kita tau asal usul.kita jer. Cth Tok Ku Paloh Ganu tu..trrcatat dlm muzium.pun ada...keturunan ke 35 drp Rasulullah. Atas pengerahuan itu Tok ku Paloh (Ulama n tokoh patriotisme menentang penjajahan Ing bertekad kembangkan agama Islam. Beliau jd oenasihat Sultan atas pengtshuannya. Ajar org mengaji dll demi meneguhkn agama Allah...org dulu.mmg buat catatan Hierarki krturunan supaya hubungan ukhuwah tak terputus, yg senang membantu yg susah...itu yg utama bkn utk bangga2. Sekian. Maafkanlsh komentar yg x berapa faham tu. T k

. berkata...

betul tuuu.. nama syed atau sharifah da baik.. tapi orangnyye macam SITI JENAR....

Unknown berkata...

Ohh saya ni baru dapat tau dari jiran arwah nenek saya yg memang dah lama kenal ayah saya dan nenek. Dia bgtau kat kitaorang yg kitaorang ni keturunan Syed. Sbb dia ada ckp, kitaorg punya moyang2, smua ada nama "Ku", kecuali kitaorg sbb nenek kahwin dgn org nama biasa je, tu yg ayah kitaorg gunakan nama Wan and ofc kitaorg pn nme Wan. Baca kat sini sbb nk tau je Syed tu apa maksudnya sbb cara jiran tu ckp mcm mmg big deal gila keturunan Syed.

Unknown berkata...

Ini pn sbnrnya tak tau mmg penting ke nme Ku, Syed dgn Wan. Sebab semua ni nama saya dan keturunan. Kawan pn ada kecoh yg kitaorg ni maybe ada related dgn diraja sbb kononnya nenek nme Ku, pastu kitaorang ni Wan yg keturunan dr Perlis so, entah, boleh dgr caya jangan πŸ˜‚πŸ˜‚

Unknown berkata...

Adu kak HAHAHAHA sabar la kak ,janji rase sharifah yerk🀣

syed afiq berkata...

Nonsense la sampai terpesong agama pulak πŸ˜…

BIZ DETIK NIAGA EDUCAMPUS (Malaysia) berkata...

Maaf. Ianya hanyalah pelengkap. Tapi jika mereka itu 'Syed' atau 'Syarifah' melakukan perbuatan dan kelakuan mereka yg menyalahi Islam maka mereka ini wajib dihukum dgn Hukuman 'HUDUD'. JIKA MENCURI DIPOTONG TANGANNYA DAN JIKA BERZINA DISULA ATAU DIREJAM DGN BATU SEHINGGA MATI.