Isnin, 12 September 2011

Maut dalam kemalangan km214.9, Lebuh Raya Pantai Timur-mangsa bakal mendapat gelaran Datuk

Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di km214.9, Lebuh Raya Pantai Timur, dekat Gambang di sini, petang Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kejadian pada pukul 5.50 petang itu membabitkan kereta jenis Mercedes, Proton Satria dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.


Kereta Satria yang di pandu oleh Mustafa Kamal Samah
“Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Mercedes, Yee Koi Chee, 68, berasal dari Air Putih, Kuantan, pemandu Proton Satria, Mustafa Kamal Samah, 40,pekerja swasta dari Awana Kijal, Kemaman dan Wong Hong Yen, 40-an yang memandu Toyota Hilux,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

“Sampai tempat kejadian, dipercayai Wong, 40-an, dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur,yang memandu Toyota Hilux bersendirian itu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan melanggar besi penghadang jalan lalu melambung sebelum memasuki laluan bertentangan.
Kereta Mercedes yang di pandu oleh Yee Koi Chee
“Keretanya kemudian dirempuh Mercedes dan Proton Satria yang dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan dan menyebabkan kenderaan Toyota Hilux terbakar dan dia tercampak keluar,” katanya.

Pemandu Mercedes terbabit maut di tempat kejadian manakala isterinya yang berusia 66 tahun cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Mustafa Kamal dan Wong yang cedera parah disahkan meninggal dunia di HTAA ketika menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan Yee Koi Chee pemandu kereta Mercedes yang mati di tempat kejadian akan mendapat pingat kebesaran yang mendapat gelaran Datuk pada hujung bulan ini.







3 ulasan:

cik ika berkata...

takziah kpd mangsa..

Unknown berkata...

takziah jugerr

N'Craft berkata...

takziah..
almost dapat datuk.