Ahad, 9 Oktober 2011

Akhirnya Norman Hakim bersuara balas komen Chef Wan tentang majlis resepsi RM12 jutanya

Setelah hampir dua minggu berlangsungnya majlis resepsi yang diadakan diHotel Plaza Kuala Lumpur, pada 28 September lalu, akhirnya Norman memberi komen mengenai kritikan dari Chef Wan. Dia menganggap apa saja komen dan kritikan mengenai majlis resepsi itu, ia adalah pandangan masing-masing.
Saat gembira Norman dan Memey di majlis resepsi  RM12 jutanya
 “Apa yang paling utama, selepas upacara akad nikah, bersanding di kampung Memey dan resepsi di Kuala Lumpur, selesailah tanggungjawab saya dan ibadah saya. Apabila saya baca komen Chef Wan, sesiapa pun berhak meluahkan pandangan mereka. “Saya tetap menghormatinya sebagai orang yang lebih tua daripada saya dan juga bapa kepada kawan baik saya. Cuma apabila satu ketika, kakak saya ikut masuk campur, ia juga adalah haknya di mana dia berkata daripada perspektif orang yang rapat dengan saya. “Sebagai artis saya dan Memey sudah biasa dengan kritikan dan selalu berdiplomasi dengan sesiapa saja. Barangkali komen itu menyentuh hati ibu bapa saya, oleh itu dia berhak untuk membela adiknya. Saya yang berada di tengah-tengah hanya mendengar di mana pada masa sama, saya menyayangi dan menghormati kakak saya. “Berbalik kepada tajaan Rafflesia dan juga penaja lain, sudah rezeki orang nak bagi, saya terima. Ia juga adalah sebahagian daripada rutin hidup saya sebagai artis. Semua orang ada kebebasan untuk bersuara,” katanya.
Jelas Norman, kehidupannya kini kembali seperti biasa. “Selain sedang menyesuaikan diri semula menjadi suami, saya juga menjalankan tanggungjawab terhadap tiga anak saya dengan Abby dulu seperti biasa. Menyediakan makan minum mereka, hantar dan ambil mereka dari sekolah. Saya juga masih ambil berat pasal Abby. Tiada apa pun yang berubah,” katanya lagi.

Menyentuh tentang perkembangan dunia lakonannya, dia kini berada di lokasi drama 26 episod, Tangisan Bulan Madu. Sementara Memey pula sibuk berlakon dalam drama Nilampuri.

Sebelum ini Chef Wan telah memberi komen mengenai majlis resepsi Norman dan Memey yang indah khabar dari rupa dan tiada apa yang boleh dibanggakan. Menurut Chef Wan bukan dia saja yang agak kurang berkenan dengan konsep majlis itu tetapi tetamu lain pun turut berkongsi pandangan sama dengannya. Chef Wan ke majlis itu bersama anaknya, Serina.

Serina(bakal menerima bayi perempuan)bersama suaminya
"Pada saya resepsi itu lebih kepada majlis makan malam penaja (Rafflesia The Pearl Centre). Bagaimanapun kesalahan terbesar pada resepsi Norman dan Memey itu apabila ia digembar-gemburkan sebagai 'Wedding Of The Year' sedangkan pada pandangan mata tetamu yang hadir, ia tidaklah begitu. Orang yang bertanggungjawab memberi publisiti terhadap majlis itu mestilah sensitif dengan adat budaya orang Melayu. Ini bacaan doa pun tak ada dan digantikan dengan nyanyian koir. Apa jua konsep majlis yang ingin diadakan jangan sesekali membelakangkan agama dan budaya kita. Siapa Memey untuk dipamerkan baju pengantinnya di Muzium Negara. Dia bukannya Puteri Diana. Kalau mahu mengajar masyarakat pun, kena tunjukkan sesuatu yang lebih bersifat kebudayaan dan bukannya gaun pengantin yang dipakai Memey. “Sekali lagi saya jelaskan, saya tidak salahkan Norman dan Memey, tetapi tukang beri publisiti yang melebih-lebih. Saya juga hairan baju Vera Wang yang dipakai Memey kononnya berharga RM500,000. Saya tengok tak macam rupa baju yang berharga setengah juta ringgit,” katanya. 
 Komen Muzium Negara kenapa baju Memey yang dipilih dipamerkan di Muzium Negara di sini

Sumber hmetro

12 ulasan:

kakchik@ella berkata...

Hihihi. Mcm2 hal.

nik rosmawati berkata...

suka baca komen chef wan.hehe

kak zmah berkata...

Kita ada pandangan sendiri...

kak Mah berkata...

kita berhak meluahkan pendapat kita...

Eizanabila berkata...

Dalam hal ini, setiap pendapat yang terluah adalah jujur dari hati masing2.. nilaikan, fikir2kan dan timbang2kanlah.

IntaNBerliaN berkata...

macam2 hal ek..

NzA berkata...

apa2 jelah yg pnting jodoh brpnjangan.

Puan Kutu berkata...

emm macam2..lebih kurang jer komen dengan yg lain.haha..

pinky_liscious berkata...

macam2 hal betol dunia artis ni...

SueZ berkata...

Nama pun artis.even ckp terima ht terbuka dh biasa bagai,dlm ht or dlm bilik air saper tau?ntah2 nangis berronok33333..saper tau?komen i ajer

Jendela Hati berkata...

majlis kawen kat msia camnie le ct, ade je sok sek sok sek di belakang.nak2 ramai yg tak suka dgn pasangan nie haha...

sha my heart berkata...

No komen tapi nak komen jugak. haha~

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/